TASIK | Tasik ialah kumpulan air yang dikelilingi daratan. Tasik boleh ditemui di semua bahagian di dunia. Sesetengah kumpulan air yang besar yang biasanya dikenali sebagai laut adalah sebenarnya tasik. Laut-laut tersebut termasuklah Laut Mati, Laut Galilee , dan Laut Kaspia. Sesetengah tasik terletak berdekatan kawasan bumi yang tertinggi dan yang lainnya terletak jauh di bawah aras laut. | UMUM | |
SCAPA FLOW | Scapa Flow ialah lembangan laut yang dikelilingi oleh Kepulauan Orkney, di utara Scotland. Panjangnya ialah 24 kilometer dan lebarnya 13 kilometer. Scapa Flow menjadi ibu pejabat skuadron Armada Utama British semasa Perang Dunia I. Pada 21 Jun 1919, tentera laut Jerman yang kalah membocorkan dan menenggelamkan kapal yang masih berada di lembangan itu. Ketika Perang Dunia II, kapal selam Jerman menenggelamkan kapal perang British, Royal Oak , semasa melabuhkan sauhnya di Scapa Flow. Pada tahun 1970-an dan tahun 1980-an, Scapa Flow menjadi terminal penting untuk saluran paip minyak dari Laut Utara. Lihat juga Orkney. | UMUM | |
SEMENANJUNG | Semenanjung ialah kawasan daratan yang hampir dikelilingi oleh air. Beberapa semenanjung, seperti India, bercantum dengan tanah besar oleh tapak yang luas. Ada juga yang dihubungkan oleh jalur tanah yang sempit, yang dikenali sebagai genting (lihat Segenting ). Arab Saudi adalah semenanjung yang paling besar di dunia meliputi keluasan kira-kira 2 600 000 kilometer persegi. | UMUM | |
POINSETTIA | Poinsettia ialah tumbuhan yang berbunga halus yang dikelilingi oleh braktea (daun khas) yang besar dan berwarna. | UMUM | |
TETELUK | Teteluk ialah kumpulan air masin yang besar yang sebahagiannya dikelilingi oleh daratan. Teteluk terbuka ke lautan, dan ia mempunyai banyak ciri yang sama dengan lautan. Misalnya, banyak teteluk adalah sedalam lautan. Oleh sebab persamaan ini, teteluk seperti Teluk Bothnia dan Teluk Mexico sering dikenali sebagai laut pinggir. Teteluk dibentuk oleh pergerakan kerak bumi di sepanjang sempadan benua. Dalam sesetengah kes, kerak bumi yang mendap menyebabkan sesuatu kawasan tenggelam ke bawah aras laut. Dalam kes lain, gelinciran berlaku – iaitu, kerak bumi retak dan daratan di sebelah retakan yang menghala ke laut berganjak ke bawah. Dalam kedua-dua kes ini, air laut membanjiri kawasan yang tenggelam. | UMUM | |
PULAU | Pulau ialah daratan yang lebih kecil daripada benua dan dikelilingi oleh air. Pulau terdapat di lautan, sungai dan tasik di seluruh dunia. Saiz pulau berbeza-beza. Greenland adalah pulau terbesar di dunia berkeluasan 2 175 600 kilometer persegi. Terdapat pulau yang lebih kecil daripada sebuah medan atau dataran di bandar. Pulau yang lebih kecil dikenali sebagai pulau kecil . Perbezaan antara pulau dan benua bergantung pada keluasan. Australia tiga kali lebih besar daripada Greenland. Oleh itu, ahli geografi mengelaskannya sebagai benua. | UMUM | |
LESOTHO | Lesotho ialah negara bergunung-ganang yang berceranggah dan dikelilingi oleh Republik Afrika Selatan. Negara ini terletak kira-kira 320 kilometer ke pedalaman dari Lautan Hindi. Kadangkala Lesotho digelar Switzerland Afrika Selatan kerana terdapat pemandangan gunung yang indah. Namun, Lesotho merupakan Negara yang miskin dan hanya terdapat sedikit industri. Kebanyakan penduduknya berpindah ke Afrika Selatan untuk mencari pekerjaan. | UMUM | |
SAN MARINO | San Marino ialah sebuah negara Eropah yang kecil dan dikelilingi oleh Itali. Ia terletak di Pergunungan Apennine di timur laut Itali. Sebahagian besarnya – termasuk ibu negaranya dan kotanya yang terbesar – terdiri di Gunung Titano. Ibu negaranya juga bernama San Marino. San Marino ialah salah sebuah negara yang paling kecil di dunia. Luasnya hanya 61 kilometer persegi. | UMUM | |
ZIMBABWE | Zimbabwe, sebelum ini dikenali sebagai Rhodesia, ialah negara yang dikelilingi tanah daratan di selatan benua Afrika. Penara yang tinggi merupakan ciri sebahagian besar negara ini. Zimbabwe terletak di kawasan tropika, tetapi mempunyai iklim yang nyaman disebabkan ketinggiannya di atas aras laut. | UMUM | |
DENMARK | Denmark ialah sebuah kerajaan yang kecil di utara Eropah yang hampir keseluruhannya dikelilingi air. Negara ini terdiri daripada sebuah semenanjung dan 482 buah pulau berdekatan. | UMUM | |