TIANJIN | Tianjin (pend. 5 300 000) ialah pusat perdagangan di utara China. Nama bandar raya ini juga dieja Tientsin atau T’ien-chin . Pada tahun 1860, pihak berkuasa China membuka bandar raya ini dan pelabuhannya bagi perdagangan antarabangsa. Sembilan negara menerima konsesi (pembalikan kepada) China. Semua tanah ini telah dikembalikan semula kepada China. | UMUM | |
APULEIUS, LUCIUS | Apuleius, Lucius (125?–170? M.), menulis satu- satunya novel yang disimpan sepenuhnya dalam bahasa Latin kuno, Metamorphoses atau Transformations . Novel itu juga dikenali sebagai The Golden Ass . Novel ini menceritakan pengembaraan seorang pemuda bernama Lucius yang telah bertukar menjadi seekor keldai dengan tidak sengaja. Dia dikembalikan menjadi manusia oleh dewi Mesir, Isis. Novel ini memuatkan beberapa cerita pendek, yang paling terkenal antaranya ialah cerita Cupid and Psyche (lihat Psyche ). | UMUM | |
SURAT KEW | SURAT KEW, satu dokumen perjanjian yang ditandatangani antara pihak kerajaan Britain dengan kerajaan buangan Belanda di Kew, London. Pada bulan Januari 1775, Perancis telah menyerang dan menawan negeri Belanda. Dengan itu Raja Belanda, Raja William V, telah melarikan diri ke England untuk mendapatkan perlindungan. Di England, dia menubuhkan sebuah kerajaan dalam buangan. Oleh sebab Belanda adalah sebuah kuasa Eropah yang memiliki banyak tanah jajahan di seberang laut, timbul persoalan siapakah yang harus menguasai milik Belanda tersebut. Raja Belanda dengan segera mengeluarkan arahan kepada gabenor-gabenor wilayahnya di seberang laut supaya menyerahkan pentadbiran mereka kepada British. Arahan inilah yang dikenal sebagai Surat Kew (Kew Letters). Surat Kew menegaskan bahawa semua wilayah jajahan Belanda di seberang laut hendaklah diambil alih oleh British dengan persefahaman bahawa semua ini akan dikembalikan kepada Belanda apabila perang menentang Perancis di Eropah tamat. Langkah ini terpaksa dilakukan oleh kerajaan Belanda untuk menghalang peluasan kuasa Perancis ke wilayah-wilayah jajahan Belanda di seberang laut. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Perjanjian/Konvensyen/Triti/Persetiaan |