HUKUM NEWTON | Beberapa hukum asas fizik yang dikemukakan oleh Sir Isaac Newton pada abad ke-17. | FIZIK | Teori/Teorem/Hukum |
PETITION OF RIGHT | Petition of Right ialah satu dokumen yang ditulis pada tahun 1628 oleh Parlimen Inggeris dan dikemukakan kepada Raja Charles I. Dokumen tersebut mengisytiharkan bahawa tindakan- tindakan yang tertentu oleh Raja tidak mengikut perlembagaan, seperti mengenakan cukai tanpa persetujuan Parlimen, menempatkan anggota tentera di rumah persendirian, menubuhkan kerajaan tentera dan memenjarakan rakyat dengan cara yang tidak sah di sisi undang-undang. | UMUM | |
PETISYEN | Petisyen ialah dokumen bertulis yang ditandatangani oleh ramai orang untuk menuntut supaya sesuatu tindakan diambil. Petisyen secara amnya dikemukakan kepada kerajaan pusat atau kerajaan tempatan. | UMUM | |
MULLIKEN, ROBERT SANDERSON | Mulliken, Robert Sanderson (1896–1986) ialah ahli kimia Amerika, yang menerima Hadiah Nobel tahun 1966 untuk kimia. Dia menerima hadiah tersebut kerana teori molekul-orbit yang dikemukakan pada tahun 1928. Teori ini menerangkan bagaimana atom berpadu untuk membentuk molekul. | UMUM | |
ASRAF | Asraf (1927–1999), ahli bahasa dan penulis. Nama sebenarnya ialah Haji Mohd. Asraf bin Haji Abdul Wahab. Dia ialah tokoh yang banyak memberi sumbangan dalam pembinaan dan pengembangan bahasa Melayu, khususnya dari aspek tatabahasa. Memorandum yang dikemukakan oleh Asraf dalam Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga pada tahun 1956 yang bertajuk “Penyatuan Bahasa Melayu dan Bahasa Indonesia” dan dua buah kertas kerjanya yang bertajuk “Ejaan Bahasa Melayu dengan Huruf Rumi” dan “Bunyi Bahasa Melayu dalam Ucapan“, telah dijadikan pegangan dalam mengasaskan ejaan baru dan sebutan baku bahasa Melayu. | UMUM | |
MAPHILINDO | MAPHILINDO, gagasan untuk menyatukan negara-negara rumpun Melayu. Gagasan ini merangkumi Tanah Melayu Persekutuan (Malaya), Indonesia dan Filipina dalam satu persekutuan yang besar. Gagasan MAPHILINDO (Malaya, Philippines, Indonesia) dikemukakan oleh Diasdado Macapagal, Presiden Filipina, di Persidangan Menteri-Menteri Luar, di Manila pada bulan Jun 1963. Persidangan ini dihadiri oleh pemimpin dari ketiga-tiga negara untuk berunding bagi menyelesaikan konflik antara negara berkaitan isu penubuhan Persekutuan Malaysia yang dikemukakan oleh Tunku Abdul Rahman Putra pada tahun 1961. Persekutuan Tanah Melayu diwakili oleh Dato’ Abdul Razak bin Hussein, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan; Indonesia diwakili oleh Dr. Subandrio, Menteri Luar; dan Filipina diwakili oleh Emmanuel Pelaez, Naib Presiden merangkap Setiausaha Luar Negara. Adalah diharapkan penubuhan gagasan ini dapat mewujudkan keamanan serantau dan ia dapat bertindak sebagai benteng kepada ancaman luar. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
LAPORAN FENN-WU | LAPORAN FENN-WU, laporan tentang pendidikan orang Cina di Tanah Melayu. Laporan ini dikemukakan berikutan rasa tidak puas hati terhadap Laporan Barnes. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Penerbitan |
MAHKAMAH KEADILAN ANTARABANGSA | Mahkamah Keadilan Antarabangsa lazimnya dikenali sebagai Mahkamah Dunia, merupakan agensi kehakiman yang tertinggi dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Mahkamah ini menyediakan saluran untuk menyelesaikan secara aman masalah persengketaan undang-undang pada peringkat antarabangsa. Ia hanya menyelesaikan kes yang dikemukakan oleh sesebuah negara atau organisasi antarabangsa. Keputusannya berdasarkan prinsip undang-undang antarabangsa dan tidak boleh dibuat rayuan. Mahkamah ini mendengar beberapa kes sahaja. Tetapi banyak perbalahan antara kerajaan diselesaikan melalui tribunal antarabangsa yang lain dan dalam tribunal kebangsaan berasaskan undang-undang antarabangsa. | UMUM | |
LAPORAN BARNES | LAPORAN BARNES, laporan pendidikan yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Barnes bertujuan meninjau pendidikan pelajar Melayu. Jawatankuasa ini ditubuhkan pada tahun 1950. Jawatankuasa ini terdiri daripada 14 orang ahli dan dipengerusikan oleh L.J Barnes, Pengarah Latihan Sosial dari Universiti Oxford. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Penerbitan |
ARAHAN | Arahan , dalam undang-undang ialah set kertas kerja yang disediakan oleh peguam cara yang hendak dibawa oleh barrister ke mahkamah untuk merayu sesuatu kes. Istilah ini juga digunakan bagi mana-mana arahan yang diberi oleh klien kepada seorang profesional apabila memberi arahan kepadanya. Di Amerika Syarikat, arahan bagi sesuatu kes undang-undang dibuat secara ringkas. Arahan dikemukakan kepada mahkamah oleh setiap pihak, biasanya dalam kes rayuan. Ia sebagai menggantikan hujah mulut. | UMUM | |