ASKAR YANG TIDAK DIKENALI | Askar yang tidak dikenali. Selepas Perang Dunia I (1914–1918), pegawai negara-negara Berikat menemui banyak mayat askar yang tidak dapat dikenali. Kerajaan Belgium, Perancis, Great Britain, Itali, dan Amerika Syarikat mengambil keputusan memberikan suatu bentuk penghormatan sebagai tanda mengingati askar ini. Setiap kerajaan memilih satu simbol yang mewakili askar mereka yang tidak dikenali, mengebumikan sisa mayat itu di dalam atau berhampiran dengan ibu negara dan membina satu tugu peringatan untuk mengenang jasa askar tersebut. Belgium menempatkan askar yang tidak dikenali di sebuah kawasan perkuburan di dasar Colonnade of the Congress di Brussels. Perancis pula mengebumikan askar yang tidak dikenalinya di bawah Arc de Triomphe di Paris dan menyalakan obor di atas makam tersebut. | UMUM | |
TALI LADUNG | Tali ladung, juga dikenali sebagai batu ladung, ialah tali yang mempunyai pemberat di satu hujungnya. Pemberat, yang dikenali sebagai unting-unting , mengekalkan tali tegak ke atas dan ke bawah. Tali ladung digunakan oleh penurap bata dan tukang batu sebagai panduan menegak dalam membina dinding. Juruukur dan jurutera menggunakan tali ladung untuk menegakkan alat lihat yang dikenali sebagai transit pada titik tertentu. Ia juga digunakan bagi menentukan kedalaman air atau penggalian. Tetapi anak kapal di kebanyakan kapal menggunakan alat yang dikenali sebagai fatometer dan sonar untuk mengukur bagi kedalaman air. Lihat juga Kerja ukur (Alat ukur). | UMUM | |
POLIOMIELITIS | Poliomielitis juga dikenali sebagai polio ialah jangkitan yang serius disebabkan oleh virus. Penyakit ini kadangkala dikenali sebagai lumpuh infantil kerana ia boleh menyerang bayi atau kanak-kanak dan menyebabkan kelumpuhan. Pada masa dahulu, wabak polio biasa terjadi dan sangat ditakuti kerana penyakit ini menyebabkan ramai mangsanya lumpuh seumur hidup. Walau bagaimanapun, pada tahun 1950-an, vaksin melawan penyakit ini telah diperkenalkan. Sejak itu, polio hampir dibasmi di negara maju. | UMUM | |
ASID BORIK | Asid borik, juga dikenali sebagai asid boraksik ialah asid bukan organik yang lemah, yang paling dikenali kerana kegunaannya sebagai antiseptik. | UMUM | |
NEFRITIS | Nefritis , asalnya dikenali sebagai penyakit Bright, adalah nama umum bagi beberapa penyakit radang buah pinggang. Glomerulonefritis ialah penyakit yang selalunya dikenali sebagai nefritis. Ia melibatkan radang glomeruli (unit penapisan) buah pinggang. Keradangan biasanya mengurangkan jumlah air kencing yang dihasilkan oleh buah pinggang, menyebabkan bahan pembuangan yang biasanya dibuang di dalam air kencing, berkumpul di dalam badan. Glomerulonefritis yang teruk atau berterusan boleh menyebabkan kerosakan yang serius atau berkekalan pada buah pinggang. | UMUM | |
TIPU SULTAN | Tipu Sultan (1750–1799), juga dikenali sebagai Tipu Sahib, ialah pemerintah kerajaan Mysore di India Selatan dari tahun 1782 hingga tahun 1799. Dia dikenali sebagai “Harimau Mysore” kerana penentangannya terhadap pemerintahan British. Tipu Sultan lahir di Devanhalli, Mysore kini negeri Karnataka di India. Ketika berumur 15 tahun, Tipu Sultan mengikut bapanya, Hyder Ali, ke medan peperangan. Mereka sama-sama berjuang menentang British dalam Perang Mysore Pertama (1767–1769). Pada tahun 1780, pihak British mengalami kekalahan teruk dan Tipu Sultan meneruskan perjuangannya menentang British dan sekutunya, kaum Marathas dan Nizam dari Hyderabad . | UMUM | |
RONSARD, PIERRE DE | Ronsard, Pierre de (1524–1585), yang sering dikenali sebagai Putera Pemuisi, mengetuai satu kumpulan pemuisi Perancis yang berpengaruh, yang dikenali sebagai Pleiade . | UMUM | |
MELIGAS | Meligas juga dikenali sebagai lumba abah-abah, merupakan satu perlumbaan kuda yang popular. Dalam meligas, setiap kuda menarik pemandu yang berada di dalam kenderaan ringan beroda dua yang dikenali sebagai sulky. Meligas popular di Australia, Kanada, New Zealand, dan Amerika Syarikat, serta kebanyakan negara Eropah. Berjuta-juta orang menyaksikan perlumbaan meligas setiap tahun. Kebanyakan perlumbaan berlangsung di trek perlumbaan yang besar di mana orang ramai boleh bertaruh ke atas kuda. | UMUM | |
PERHUBUNGAN AWAM | Perhubungan awam biasa dikenali sebagai PR (public relation), ialah satu aktiviti yang bertujuan meningkatkan komunikasi dan pemahaman antara sesebuah organisasi atau individu dengan satu atau lebih kumpulan yang dikenali khalayak umum . Istilah ini juga digunakan bagi profesion yang bertanggungjawab dalam mengendalikan tugasan sedemikian. Syarikat, institusi pendidikan, kumpulan agama, agensi kerajaan, kesatuan sekerja, ahli politik, dan penghibur, adalah di antara mereka yang menggunakan perhubungan awam. | UMUM | |
OREGON | Oregon merupakan negeri di Pantai Pasifik, Amerika Syarikat, juga dikenali kerana kawasan hutan pokok malar hijaunya yang luas. Negeri ini menjadi pengeluar kayu yang utama. Oregon dikenali sebagai Beaver State (Negeri Beaver) kerana ia membekalkan beribu-ribu bulu beaver pada zaman perdagangan bulu pada tahun 1800-an. | UMUM | |