Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dikenang

Puisi
 

Sudah nasib pisang jeranang,
     Berjantung ada berbuah tidak;
Sudah nasib apa dikenang,
     Orang dikenang teringat tidak.


Lihat selanjutnya...(75)
Peribahasa

Mati badan dikandung tanah,
     nama beredar ke mana-mana.

Bermaksud :

Walaupun badan sudah hancur di dalam tanah, tetapi nama yang baik dikenang juga.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
WILLIAM PITT

William Pitt (1708–1778), Earl of Chatham,

dikenang khususnya sebagai “perancang

kemenangan” dan pembina empayar ketika

Peperangan Tujuh Tahun, dan juga kerana

kesungguhannya mempertahankan hak kolonis

Amerika. Datuknya, Thomas Pitt, menolong

membina perdagangan British dengan India.

UMUM 
THOREAU, HENRY DAVID

Thoreau, Henry David (1817–1862) ialah

penulis Amerika yang dikenang kerana

bidasannya terhadap institusi sosial yang

dianggapnya tidak bermoral, dan kepercayaannya

terhadap kepentingan agama dalam alam semula

jadi. Esei “Civil Disobedience” merupakan

bantahan sosial Thoreau yang paling terkenal.

Walden, kajian tentang manusia di alam semula

jadi menaikkan reputasi Thoreau dalam bidang

kesusasteraan.

UMUM 
PULLMAN, GEORGE MORTIMER

Pullman, George Mortimer (1831–1897) ialah

pereka cipta dan ahli perniagaan Amerika.

Pullman dikenang khususnya berhubung dengan

gerabak tidur dalam kereta api yang

dipertingkatkan dan digunakan secara umum di

Amerika Syarikat.

UMUM 
SOUTHEY, ROBERT

Southey, Robert (1774–1843) ialah pemuisi

(laureate) United Kingdom dari tahun 1813

sehingga kematiannya. Dia dikenang terutamanya

kerana beberapa balada, antaranya “Battle of

Blenheim” (1798), dan juga kerana

perhubungannya dengan William Wordsworth

dan Samuel Taylor Coleridge.

UMUM 
SAND, GEORGE

Sand, George (1804–1876) ialah nama pena

Amantine-Aurore-Lucile Dupin, seorang penulis

wanita Perancis pada tahun 1800-an. Karyanya

dikagumi oleh para penulis agung zamannya.

Tulisan Sand sudah tidak lagi disukai selepas dia

meninggal dunia dan dia dikenang hanya kerana

cara hidupnya serta percintaannya yang

mengejutkan dengan penggubah Frédérick Chopin

dan penyair Alfred de Musset. Dia melanggar

tatasusila sosial dengan menghisap cerut dan

memakai pakaian lelaki. Semenjak gerakan wanita

muncul pada pertengahan tahun 1900-

an, karya Sand telah dijumpai semula dan dia

menarik perhatian yang kritis sebagai novelis dan

penulis autobiografi.

UMUM 

Kembali ke atas