MAFIKENG | Mafikeng (pend. 6500) ialah bandar yang penting dari segi sejarah dan terletak di provinsi barat laut Afrika Selatan. Bandar ini dahulunya dikenali sebagai Mafeking. Ia menjadi terkenal di seluruh Empayar British semasa Perang Anglo- Boer kerana dikepung oleh tentera Boer dari bulan Oktober 1899 hingga bulan Mei 1900. Tentera British di kawasan petempatan yang dikepung adalah di bawah pemerintahan Robert Baden- Powell yang kemudiannya mengasaskan gerakan pengakap. | UMUM | |
TIKUS TOBRUK | Tikus Tobruk ialah pasukan tentera Pihak Berikat dalam Perang Dunia II, yang mampu bertahan dalam satu pengepungan selama lapan bulan, semasa kempen Afrika Utara pada tahun 1941. Pasukan tentera Berikat telah dikepung oleh Kor Jerman Afrika di Tobruk, yang terletak di pesisiran pantai Libya, setelah keseluruhan Tentera Inggeris berundur dari situ. Mereka bertahan dari 11 April hingga 10 Disember, apabila tentera Jerman menghentikan kepungan itu. | UMUM | |