KELANG | Kelang, bandar dan daerah di negeri Selangor. Sejarah perkembangan penempatan Kelang dapat dikesan pada abad ke-15 dan abad ke-16, iaitu pada zaman Kesultanan Melaka. Tun Perak dilantik sebagai penghulu untuk mentadbir Kelang. Meskipun begitu, Kelang telah ada seorang ketua tempatan yang dikenal dengan nama Tuk Engku Kelang, iaitu satu jawatan tradisi yang sudah pun ada sebelum kemunculan kuasa Bugis di Selangor. | UMUM | |
MEDAN ELEKTRIK | Medan elektrik wujud dalam ruang di sekeliling jasad bercas dan boleh dikesan melalui kesannya ke atas jasad bercas yang lain dalam medan itu. | UMUM | |
ETIMOLOGI | Etimologi ialah kajian tentang asal usul dan perkembangan kata. Seperti bangsa dan negara, kesemua kata mempunyai sejarah yang boleh dikesan. | UMUM | |
OPTIK | Optik ialah cabang fizik dan kejuruteraan yang berkenaan dengan sifat-sifat cahaya. Ia menerangkan bagaimana cahaya dihasilkan, bagaimana cahaya dihantar, dan bagaimana cahaya boleh dikesan, diukur, dan digunakan. Optik termasuklah kajian tentang cahaya nampak dan sinar inframerah dan ultraungu, yang kedua- duanya tidak boleh dilihat. | UMUM | |
MIOKARDITIS | Miokarditis ialah keradangan tisu otot yang membentuk dinding jantung. Otot-otot yang dinamakan miokardium, menjalankan tugas dengan mengepam jantung. Kes-kes miokarditis yang sederhana wujud tanpa dapat dikesan. Kes-kes yang teruk boleh menyebabkan jantung gagal berfungsi, suatu keadaan di mana jantung tidak dapat mengepam darah secukupnya seperti yang dikehendaki oleh badan. | UMUM | |
JIRIM HITAM | Jirim hitam ialah jirim yang merangkumi 90% daripada jirim alam semester tetapi tidak dapat dikesan melainkan dengan kesan gravitinya. | FIZIK | Konsep |
KLANG | KLANG salah sebuah petempatan lama di Semenanjung Tanah Melayu. Asal usul nama Kelang berkait rapat dengan kedudukan Kelang sebagai pelabuhan dan tempat persinggahan para pedagang dan perantau. Berbagai-bagai nama dapat dikesan seperti Clang, Clan, Callangh, Calangh, Callang dan lain-lain. Pada masa ke-15 dan abad ke-16, khususnya dalam hikayat-hikayat Melayu, ada menyebut tentang nama Raden Kelang. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
KOTA KUBANG LABU | KOTA KUBANG LABU, salah sebuah kota terawal yang dibuka di Kelantan dan menjadi pusat pentadbiran negeri itu pada masa pemerintahan Tuan Sulung sekitar tahun 1702. Nama kota ini dipercayai bersesuaian dengan adanya sebuah kubang yang besar dan di tebingnya ditanam pokok labu. Pada tahun 1980-an, kubang ini masih boleh dikesan walaupun airnya sudah kering kecuali pada musim banjir. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
USUL AL-TAUHID | USUL AL-TAUHID, kitab karangan Syekh Husein Nasir bin Muhammad Raiyob al-Mas’udi al-Banjari. Judul lengkap kitab ini ialah Usul al-Tauhid fi Ma’rifat Turuq al-Iman li al-Rab al-Majid. Pengarang kitab ini lebih dikenali dengan nama Tuan Hussein Kedah. Kitab ini diselesaikan penulisannya pada tahun 1927. Manuskrip asli kitab ini belum ditemui. Beberapa edisi cetakannya yang awal yang dapat dikesan ialah edisi cetakan ketiga atas perintah Sultan Iskandar Syah, Perak. Cetakan tersebut dilakukan oleh Matba’ah Zainiyah, Taiping, Perak pada tahun 1936. Dari cetakan ketiga ini dapat diketahui bahawa cetakan pertama pada tahun 1928 dan cetakan kedua pada tahun 1933 juga oleh Matba’ah Zainiyah, Taiping, Perak. Cetakan ketiga mengandungi 57 halaman. Selain itu kitab ini juga turut dicetak oleh The United Press, Pulau Pinang, pada tahun 1393 H. dengan usaha Haji Abdullah bin Muhammad Nuruddin al-Rawa, cetakan ini mengandungi 83 halaman. Cetakan terakhir ini ditashih oleh Yusuf al-Rawa. | SASTERA | Kitab |
UNDANG-UNDANG PENDAFTARAN, PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN ORANG-ORANG ISLAM 1900 | UNDANG-UNDANG PENDAFTARAN, PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN ORANG-ORANG ISLAM 1900, peruntukan mengenai nikah cerai orang Islam yang diperkenalkan bagi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Sistem pendaftaran yang tersusun dan teratur dalam hal nikah cerai yang melibatkan orang Islam di Malaysia hanya dapat dilihat dengan jelas setelah terdapatnya undang-undang yang memperuntukkan perkara berkenaan. Hal ini dapat dikesan sekitar tahun 1885 apabila suatu sistem pendaftaran berhubung dengan perkahwinan dan perceraian orang Islam telah mula diperkenalkan melalui “Registration of Muhammadan Marriages and Divorces Enactment 1885”. Enakmen ini kemudiannya telah dimansuhkan dan digantikan dengan “Muhammadan Marriage and Divorce Registration Enactment 1900.” | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |