PERJANJIAN HUDAIBIYAH | Perjanjian antara penduduk Islam Madinah yang diketuai oleh Rasulullah s.a.w. dengan Suhail bin 'Amr, wakil pihak Musyrikin Makkah. | AGAMA | Perjanjian/Konvensyen/Triti/Persetiaan |
YARRA | Yarra ialah sekoci Australia yang diketuai oleh Leftenan Komander R.W. Rankin. Semasa mengiringi sebuah konvoi ke Australia, semasa Perang Dunia II (1939–1945), ia bertembung dengan tiga buah kruiser dan dua buah kapal pembinasa Jepun di selatan pulau Jawa pada 4 Mac 1942. | UMUM | |
PERTEMPURAN SHREWSBURY | Pertempuran Shrewsbury (1403), mengakhiri pemberontakan yang diketuai oleh Sir Henry Percy untuk menggulingkan Henry IV dari England. | UMUM | |
PERGERAKAN DUA PULUH ENAM JULAI | Pergerakan dua puluh enam Julai ialah sebuah kumpulan revolusi Cuba yang diketuai oleh Fidel Castro yang menggulingkan diktator Fulgencio Batista pada tahun 1959. Ia diberi nama sempena tarikh pada tahun 1953 apabila Castro gagal menawan berek askar di Santiago de Cuba. | UMUM | |
PERWAKILAN DIPLOMATIK | Perwakilan diplomatik ialah misi diplomatik dari sebuah negara ke sebuah negara lain yang diketuai oleh seorang menteri. | UMUM | |
OATES, LAWRENCE EDWARD GRACE | Oates, Lawrence Edward Grace (1880–1912) ialah pegawai tentera British dan ahli ekspedisi British ke Antartika yang diketuai oleh Kapten Robert Falcon Scott. Dia menyertai ekspedisi itu pada tahun 1910 dan pada tahun 1912 menganggotai kumpulan kereta luncur salji yang sampai di Kutub Selatan. Dalam perjalanan pulang, dia diserang reput fros dan mengalami kesukaran untuk meneruskan perjalanan bersama-sama ahli lain. Dengan semangat kepahlawanan yang sanggup berkorban, dia terus berjalan sehingga menemui maut dalam ribut salji. Semasa meninggalkan khemahnya, dia berkata, “Saya mahu keluar; mungkin agak lama.” Oates lahir di London. Dia menyertai pasukan tentera dan berkhidmat di Afrika Selatan, Mesir, dan India. | UMUM | |
NAZISME | Nazisme ialah pergerakan politik yang kemudiannya membentuk kerajaan yang berkembang di Jerman pada tahun 1920-an. Nazi, yang diketuai oleh diktator Adolf Hitler, menguasai Jerman dari tahun 1933 hingga tahun 1945. Nazisme juga bermaksud mana-mana sistem kerajaan atau kepercayaan politik yang menyerupai kerajaan Hitler di Jerman. Perkataan ini juga dieja sebagai Naziisme . | UMUM | |
EKSPEDISI LEWIS DAN CLARK | Ekspedisi Lewis dan Clark ialah penjelajahan pertama oleh kerajaan Amerika Syarikat ke tanah gersang yang luas di barat laut negara itu. Ekspedisi yang diketuai oleh Meriwether Lewis dan William Clark, bermula pada tahun 1804 dan berlanjutan lebih daripada dua tahun. | UMUM | |
THE INTERNATIONALE | The Internationale ialah lagu kebangsaan tidak rasmi yang digunakan oleh sesetengah parti Sosialis. Sehingga tahun 1944, ia merupakan lagu kebangsaan Kesatuan Soviet – negara Komunis yang diketuai oleh Rusia. Lirik ini ditulis dalam bahasa Perancis pada tahun 1871 oleh Eugéne Pottier. Muziknya digubah pada tahun 1888 oleh Pierre Degeyter, orang Belgium. | UMUM | |
MOHAMMAD REZA PAHLAVI | Mohammad Reza Pahlavi (1919–1980) ialah shah (raja) Iran dari tahun 1941 hingga tahun 1979. Baginda digulingkan pada tahun 1979 oleh suatu pergerakan yang diketuai oleh Ayatollah Ruhollah Khomeini, pemimpin pergerakan Islam. Mohammad Reza banyak membuat pembaharuan ekonomi dan sosial semasa pemerintahannya. Namun, tidak banyak yang dilakukannya untuk kepentingan rakyat. Baginda merupakan pemerintah diktator. Ada kalanya namanya dieja sebagai Mohammed, Muhammad, Riza , dan Pahlevi. | UMUM | |