ELL | Ell ialah ukuran panjang yang dikira dari lengan bawah. Perkataan ini berasal daripada perkataan Anglo-Saxon, eln atau Teutonik, alina, yang bermakna lengan bawah dari hujung jari hantu hingga siku. | UMUM | |
KETAKTERHINGGAAN | Ketakterhinggaan ialah istilah yang biasanya digunakan untuk merujuk kepada kuantiti atau jarak yang terlalu besar sehingga tidak dapat dikira atau diukur. | UMUM | |
UDARA PEMBAKARAN | Udara yang digunakan dalam proses pembakaran. Udara mengandungi satu kmol oksigen dan 3.76 kmol nitrogen. Oksigen merupakan komponen penting dalam proses pembakaran bahan api. Kuantiti udara yang diperlukan hanya mencukupi untuk proses pembakaran sesuatu bahan api dinamai udara teori atau udara stoikiometri. Ia dikira berdasarkan persamaan kimia tindak balas yang terlibat dalam proses pembakaran. Secara praktik, proses pembakaran lengkap sukar dicapai dengan hanya menggunakan udara teori. Oleh itu, udara yang diperlukan biasanya melebihi jumlah udara ...Rujuk Ensiklopedia Sains dan Teknologi | KEJURUTERAAN | Teori/Teorem/Hukum |
MODAL | Modal adalah istilah ekonomi bermaksud kekayaan, selain daripada tanah, yang digunakan untuk menambahkan kekayaan. Wang simpanan adalah modal, kerana digunakan untuk menambah kekayaan menerusi faedah atau dividen. Tanah dan sumber-sumber semula jadi tidak dikira sebagai modal kerana bukan dikeluarkan oleh manusia. Kebanyakan aset yang digunakan dalam perniagaan adalah modal, kerana ia digunakan untuk mendapatkan keuntungan. Barang-barang peribadi seperti makanan, perabot, dan pakaian dianggap sebagai harta, tetapi bukannya modal. Barang-barang ini tidak menambahkan kekayaan. Terdapat dua jenis modal perniagaan, modal tetap dan modal kerja. | UMUM | |
NEWTON | Newton unit dalam sistem metrik yang digunakan untuk mengukur tenaga. Simbolnya N. Satu newton ialah tenaga yang diperlukan untuk meningkatkan atau mengurangkan halaju satu kilogram objek kali satu meter sesaat setiap saat. Jumlah newton yang diperlukan untuk memecutkan objek dapat dikira dengan menggunakan formula F = ma. Jisim ( m ) suatu objek dalam kilogram didarab dengan gerakan ( a ) dalam meter sesaat persegi untuk menentukan tenaga ( F ). Unit newton diberi nama bersempena dengan nama ahli sains Inggeris Sir Isaac Newton. Lihat juga Pascal. | UMUM | |
SUSUT NILAI | Susut nilai ialah pengurangan nilai. Bangunan, jentera, kenderaan dan harta-harta lain akan susut nilai (nilai berkurangan) akibat penggunaan ataupun kemalangan, kerana ia menjadi bertambah usia, ataupun kerana adanya produk baru yang lebih elok menggantikannya. Dalam perakaunan, susut nilai dikira sebagai kos normal yang berlaku dalam perniagaan. Istilah susut nilai juga digunakan untuk menyatakan pengurangan nilai atau kuasa beli yang disebabkan peningkatan tahap harga domestik. Ini bererti bahawa nilai mata wang sesebuah negara menjadi lebih rendah secara relatif berbanding dengan nilai mata wang negara-negara lain. Lihat juga Pendapatan negara (Menentukan pendapatan negara). | UMUM | |
DARJAH | Darjah ialah nama bagi pelbagai unit kecil ukuran. Dalam geometri dan peta, darjah ialah unit ukuran bagi sudut dan arka bulatan. Sudut 1 darjah (1° ) bersamaan 1 /90 sudut tegak. Arka 1° bersamaan dengan 1 /360 bulatan penuh. Oleh sebab garisan lintang (latitud) dan garisan bujur (longitud) ialah bulatan, maka ia dikira dalam unit darjah. Darjah dalam geometri dibahagikan kepada 60 unit yang dikenali sebagai minit. Satu minit pula dibahagikan kepada 60 saat. Dalam sesetengah cabang matematik seperti trigonometri, sudut diukur dalam unit yang dikenali sebagai radian. | UMUM | |
PERWAKILAN BERKADAR | Perwakilan berkadar ialah satu sistem memilih anggota dewan perundangan. Sistem ini dirangka untuk memberi parti politik dalam dewan perundangan kerusi menurut kadar bahagiannya daripada jumlah keseluruhan undi dalam pemilihan. Sistem ini juga menawarkan peluang kepada calon parti minoriti supaya dapat dipilih. Perwakilan berkadar mempunyai tiga ciri asas: (1) tiga orang atau lebih ahli dewan perundangan dipilih dari tiap-tiap daerah pada waktu yang sama; (2) kertas undi dikira dengan cara khas untuk memberikan setiap parti politik bahagian undi yang dibuang; dan (3) biasanya terdapat lebih daripada dua buah parti politik yang aktif. Unsur- unsur ini terdapat dalam Sistem Senarai dan Sistem Hare . | UMUM | |
PERKHIDMATAN AWAM | Perkhidmatan awam terdiri daripada pekerja di bawah jabatan kerajaan untuk mentadbir perkhidmatan awam sesebuah negara. Contohnya, pegawai yang menguruskan bahagian perkhidmatan luar negeri, jabatan percukaian dan jabatan kesihatan awam adalah antara kakitangan awam. Di kebanyakan negara, polis dan guru sekolah adalah pekerja terus bagi negeri dan dianggap sebagai kakitangan awam. Di sesetengah negara, pegawai kanan sebuah syarikat awam yang dikawal oleh kerajaan juga dianggap sebagai kakitangan awam. Di kebanyakan negara, pekerja yang berkhidmat dengan pasukan ketenteraan atau bekerja di bawah kerajaan tempatan tidak dikira sebagai kakitangan awam (lihat Kerajaan tempatan) . | UMUM | |
SISI EMPAT | Sisi empat ialah rajah yang mempunyai empat sisi lurus, iaitu poligon empat sisi. Sisi empat yang sisi berlawanan adalah selari dikenali segi empat selari. Sisi dan sudut berlawanan dalam segi empat selari adalah sama. Jika kesemua sudut dalam segi empat selari adalah bersudut tepat, ia dikenali segi empat tepat. Kalau kesemua empat sisi adalah sama, ia dikenali rombus. Segi empat selari yang mempunyai empat sisi sama dan empat sudut tepat dikenali segi empat sama. Keluasan L satu segi empat selari dengan tapak d dan ketinggian t dikira dengan formula L = dt. Ketinggian ialah garis tegak antara dasar dan sisi berlawanan dengannya. | UMUM | |