| SALLEH TAPANG | SALLEH TAPANG, (1927 - ), pengasas dikit barat. Nama sebenarnya ialah Salleh bin Haji Ahmad. Dia lahir di Kampung Tapang Panji, Kota Bharu, Kelantan. Salleh mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Rambutan Rendang, Kota Bharu, Kelantan hingga Darjah empat (sebelum Perang Dunia Kedua meletus). Kemudian dia mengikuti pelajaran agama di Pondok Tuk Guru Haji Wan Ismail, Tapang. | BUDAYA | Tokoh |