| ANTROPOLOGI | Antropologi ialah kajian saintifik tentang kemanusiaan dan kebudayaan manusia. Ahli antropologi menyelidik strategi kehidupan yang dipelajari dan dikongsi bersama oleh manusia sebagai anggota kumpulan sosial. Ahli sains ini mengamati ciri-ciri yang dikongsi bersama oleh manusia sebagai anggota spesies yang sama dan perbezaan cara hidup manusia dalam persekitaran yang berbeza. Mereka turut menganalisis produk kumpulan sosial – sama ada objek berbentuk kebendaan ataupun ciptaan bukan berbentuk kebendaan, seperti kepercayaan dan nilai. | UMUM | |
| JURNAL BAHASA | Jurnal Bahasa, wadah untuk para ilmuwan atau ahli linguistik menguji teori dan mengemukakan hasil kajian, serta memberikan pandangan dan fikiran mereka dalam bidang linguistik untuk dikongsi bersama-sama para penyelidik atau pengkaji yang lain. Jurnal ini diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur. | BAHASA | Penerbitan |
| PAWAH | PAWAH, sejenis sistem penyewaan dalam aktiviti pertanian. Dalam sistem ini pemilik tanah atau binatang ternakan membenarkan orang lain mengerjakan tanah atau haiwan ternakan itu. Hasil yang diperoleh dikongsi mengikut pembahagian yang ditetapkan oleh kedua-dua belah pihak. | BUDAYA | Kaedah |