SEMBAHYANG | rukun islam ke dua, ibadat yang wajib dilaksanakan oleh umat islam | AGAMA | Konsep |
NEGARA KOTA | Negara kota ialah sebuah negeri yang merdeka atau hampir merdeka yang aktiviti politik dan budaya dilaksanakan dalam satu pusat bandar. Negara kota sering diperintah oleh seorang raja, diktator atau sekumpulan kecil penduduk yang berkuasa. Dalam sesetengah hal, kehidupan politik dikuasai oleh penghuni bandar. Penduduk bandar dan luar bandar mempunyai kuasa politik. | UMUM | |
SISTEM WESTMINSTER | Sistem Westminster ialah satu bentuk pemerintahan yang dikembangkan di Britain pada tahun 1700-an dan 1800-an. Ia turut dilaksanakan di tanah jajahan British termasuk Australia dan New Zealand. Ciri penting sistem ini ialah penumpuan terhadap fungsi kerajaan dalam perundangan dan eksekutif (pengurusan). | UMUM | |
EJAAN SOEWANDI | EJAAN SOEWANDI, sistem ejaan dengan menggunakan huruf Rumi untuk bahasa Indonesia setelah Indonesia mencapai kemerdekaan. Sistem ejaan ini dilaksanakan berdasarkan surat perintah No. 264/Bhg. A yang ditandatangani oleh Soewandi, Menteri Pengajaran, Pendidikan dan Kebudayaan ketika itu, bertarikh 19 Mac 1947.
| BAHASA | Bahasa |
AUSTRALIA, SISTEM PERUNDANGAN | Australia, Sistem perundangan. Sistem perundangan Australia sebahagian besarnya berdasarkan sistem perundangan England. Banyak undang-undang Australia kini berasal daripada undang-undang Inggeris yang dibawa oleh peneroka awal. Tetapi, Australia adalah persekutuan enam buah negeri. Dalam pengertian sebenar, Australia mempunyai beberapa sistem perundangan, bukannya satu. Ini kerana setiap negeri mempunyai sistem mahkamah negerinya sendiri dan mempunyai undang-undang yang hanya dilaksanakan di dalam negeri. Di samping itu, Australia mempunyai sistem mahkamah persekutuan dan undang-undang persekutuan yang dilaksanakan di seluruh negara. | UMUM | |
EJAAN UNIVERSITI MALAYA | EJAAN UNIVERSITI MALAYA, sistem ejaan yang disusun oleh Asmah Haji Omar, Sistem ejaan ini disusun untuk kegunaan ahli Universiti Malaya dalam bidang pentadbiran serta pelajaran kerana memenuhi Dasar Bahasa 1970 yang menetapkan bahawa semua urusan akan dijalankan dalam bahasa Malaysia. Sistem ini mula dilaksanakan di universiti Malaya pada 1 Januari 1971.
| BAHASA | Bahasa |
MENYELAM DALAM AIR | Menyelam dalam air ialah cara orang sampai ke dunia yang luar biasa dan indah di bawah permukaan lautan, tasik, dan sungai. Orang zaman purba menyelam dalam air untuk mencari ikan, haiwan air yang lain, dan tumbuhan untuk makanan. Dengan kemahiran yang dimajukan dan perkembangan peralatan, berbagai-bagai kegiatan lain telah mula dilaksanakan dalam air. | UMUM | |
ADAT PERKAHWINAN MELAYU SARAWAK | ADAT PERKAHWINAN MELAYU SARAWAK, adat perkahwinan yang diamalkan oleh masyarakat Melayu Sarawak di Kuching, Seri Aman, Miri, Sibu, Bintulu dan Limbang. Adat perkahwinan dan peraturan kekeluargaan penduduk Melayu Sarawak tertakluk kepada Undan-undang Mahkamah Melayu Sarawak yang mula dilaksanakan pada tahun 1910 di bawah pentadbiran Majlis Islam. Perkahwinan di kalangan masyarakat Melayu Sarawak terbahagi kepada lima. Pertama, ‘nikah benar’ iaitu perkahwinan yang biasa berlaku dan mengikut segala peraturan hukum dan adat yang biasa. Kedua, ‘nikah salah’ iaitu perkahwinan setelah melakukan perbuatan yang curang atau sumbang. Ketiga, ‘nyerah diri’ dan keempat, ‘ngekot’, serta kelima, ‘basuh kaki’. Nyerah diri berlaku jika lelaki menyerahkan dirinya kepada keluarga perempuan yang berada kerana tidak mampu untuk berkahwin mengikut adat. Keluarga perempuan boleh menghalau atau menolaknya secara lembut dengan mengenakan syarat yang ketat. Ngekot pula berlaku jika perempuan lari dari rumah untuk mengikut kekasihnya. Basuh kaki ialah perkahwinan yang sebahagian besar belanjanya ditanggung oleh pihak perempuan. Merisik Mencari jodoh dilakukan melalui keserasian antara pasangan lelaki dan perempuan. Apabila ibu bapa merasakan anak lelaki mereka sudah cukup umur untuk berkahwin, mereka akan mencadangkan nama beberapa orang gadis daripada saudara dekat dengan mengambil kira persamaan status dalam masyarakat. Anak lelaki dibenarkan membuat pilihannya sendiri dan pemilihannya itu diuji melalui ‘berugam’. Upacara menguji keserasian ini dijalankan oleh orang perempuan sahaja. Barang yang digunakan dalam upacara ini ialah ‘turak’ (alat penenun yang bulat), beras, tepung tawar iaitu tepung beras yang dicampur dengan limau, sirih tiga kapur dan tiga gulung rokok. | BUDAYA | Konsep |
BULAN BAHASA KEBANGSAAN | BULAN BAHASA KEBANGSAAN, kegiatan menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan, iaitu bahasa Melayu. Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) telah dilaksanakan secara berperingkat-peringkat selama enam tahun yang bermula dari 1960 dan berakhir pada tahun 1966. Tujuan utama pelaksanaan BBK adalah untuk menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan di kalangan rakyat yang terdiri daripada pelbagai kaum, bangsa, agama, dan adat resam. Usaha mengadakan BBK ini menunjukkan keazaman kerajaan untuk menjadikan bahasa kebangsaan sebagai bahasa rasmi yang tunggal sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan. | BAHASA | Kegiatan |
PYONGYANG | Pyongyang (pend. 2 639 448) ialah ibu negara dan bandar terbesar di Korea Utara. Bandar raya ini juga merupakan pusat kebudayaan, ekonomi, perindustrian dan ketenteraan Korea Utara. Ibu pejabat Parti Pekerja (Komunis) Korea Utara, yang menguasai kerajaan ini terletak di Pyongyang. Pemimpin parti di Pyongyang akan membuat semua keputusan yang berkaitan dengan politik, kebudayaan, ekonomi, dan program sosial dan memastikan ia dilaksanakan. Bandar ini terletak di barat-tengah Korea Utara, sepanjang Sungai Taedong. Untuk lokasi Pyongyang, liha t Korea (peta). | UMUM | |