TABIAT | Tabiat ialah perkara yang dilakukan oleh seseorang berulang-ulang kali tanpa perlu berfikir bagaimana untuk melakukannya. Pelbagai perbuatan yang dilakukan setiap hari merupakan tabiat. Bayangkan betapa sukarnya untuk mengikat tali kasut anda sekiranya anda perlu memikirkan setiap tindakan yang diperlukan untuk mengikat tali kasut. Tabiat berbeza dengan naluri . Naluri ialah tingkah laku yang semula jadi, bukannya perkara yang dipelajari (lihat Naluri ). | UMUM | |
REKREASI | Rekreasi ialah sebarang aktiviti yang dilakukan secara sukarela untuk keseronokan peribadi, bersantai, atau kepuasan peribadi. Aktiviti-aktiviti ini biasanya dilakukan pada waktu senggang atau waktu lapang. Umumnya, manusia perlu bergiat dalam sesuatu bentuk rekreasi sebagai pelepasan daripada rutin bekerja atau kerja sekolah. | UMUM | |
UJIAN HIDROSTATIK | Kaedah ujian yang perlu dilakukan terhadap bekas bertekanan dan talian paip bagi memastikannya bebas daripada sebarang kebocoran. Ujian hidrostatik selalunya diperlukan jika talian paip atau bekas bertekanan beroperasi pada tekanan yang setara atau melebihi 30 peratus daripada Tegasan Hoop. Ujian hidrostatik juga digunakan untuk menentukan tahap kekuatan bekas bertekanan dan talian paip. Ujian hidrostatik dilakukan selepas selesai operasi pemasangan. Ia dilakukan dengan memasukkan medium ujian ke dalam paip atau bekas bertekanan dan diberikan ...rujuk ensiklopedia sains dan teknologi | KEJURUTERAAN | Kaedah |
TEATER | Teater ialah persembahan secara langsung yang dilakukan di hadapan para penonton. Teater melibatkan setiap bentuk hiburan, daripada sarkas hinggalah kepada lakonan. Dalam istilah yang lebih tradisional, teater ialah bentuk seni yang melibatkan para pelakon beraksi berdasarkan skrip. Pelakon, biasanya dengan bantuan seorang pengarah, mentafsirkan watak dan situasi yang dicipta oleh penulis drama. Persembahan dilakukan di hadapan penonton di ruang yang direka bentuk bagi tujuan itu. | UMUM | |
SUNNAH | perbuatan /amalan yang dilakukan oleh rasulullah yg menjadi ikutan kepada umat islam dan mendapat pahala | AGAMA | Konsep |
AMNIOSENTESIS | Amniosentesis ialah prosedur perubatan yang kadangkala dilakukan ketika kehamilan untuk membantu menentukan kesihatan dan kematangan bayi dalam kandungan. | UMUM | Umum |
TAWARAN RAYUAN | Tawaran rayuan ialah amalan yang dilakukan oleh defenden dalam kes jenayah dengan bersetuju untuk mengaku bersalah daripada menjalani perbicaraan. Dalam sesetengah kes, pihak berkuasa pendakwa berjanji untuk menggugurkan satu atau lebih tuduhan ataupun meringankan tuduhan yang berat sebagai ganti untuk pengakuan bersalah. Sebagai alternatif lain, pendakwa berjanji akan mencadangkan bahawa tertuduh akan mendapat hukuman yang ringan daripada hukuman yang lazim jika dia mengaku bersalah. Di Amerika Syarikat, lebih kurang 90 peratus daripada defenden mengaku bersalah dan kebanyakannya hasil daripada tawaran rayuan. | UMUM | |
TARIAN HUJAN | Tarian hujan ialah upacara yang dilakukan oleh Orang Asli Amerika dari kawasan barat daya Amerika Syarikat untuk memohon kuasa semangat supaya menurunkan hujan bagi tanaman mereka. Mereka memohon kuasa semangat supaya hujan diturunkan secukupnya dan pada masa yang paling sesuai. Orang Asli Amerika biasanya mengadakan tarian ini pada musim bunga ketika musim menanam dan pada musim panas ketika tanaman sedang membesar. Setiap suku mempunyai upacara tersendiri untuk memanggil hujan. Contohnya, peserta tarian hujan suku Orang Asli Papago, menyanyi dan menari serta minum wain yang diperbuat daripada jus pokok kaktus. Suku Hopi pula menari sambil menggonggong ular orok-orok hidup untuk merangsang dewa mereka agar menurunkan hujan. | UMUM | |
PERAS UGUT | Peras ugut ialah jenayah yang dilakukan dengan mengugut secara lisan atau bertulis untuk menakut- nakutkan seseorang, menuntut wang atau harta yang tidak layak dimiliki oleh pengugut. | UMUM | |
ORIENTALISME | Orientalisme ialah satu kajian akademik yang dilakukan oleh pengkaji, secara khusus, ahli kitab iaitu orang Yahudi dan Kristian – mengenai Islam dan umat Islam dari pelbagai sudut seperti sejarah, akidah, fiqh, kebudayaan dan tamadun termasuk tamadun timur secara umum. | UMUM | |