Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dilaporkan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ABOMINABLE SNOWMAN

Abominable Snowman dikenali juga sebagai

Yeti , ialah sejenis makhluk yang dikatakan pernah

menghuni di Gunung Everest dan beberapa gunung

lain di Banjaran Himalaya di Asia. Makhluk seperti

ini juga dilaporkan ada ditemui di kawasan terpencil

di China, Siberia, dan tempat lain di Asia. Mengikut

legenda, Abominable Snowman, ialah seekor

haiwan berbulu tebal, bertubuh seperti monyet

besar, dan menyerupai manusia. Ia mempunyai

lengan yang panjang hingga ke lutut, dan berjalan

tegak dengan kaki yang besar. Legenda juga

menceritakan bahawa Abominable Snowman

kadang-kadang turun dari gunung dan menyerang

penduduk kampung. Nama Abominable Snowman

mungkin berasal dari terjemahan metoh kangmi,

iaitu nama bagi makhluk ini dalam bahasa Tibet.

Nama Yeti pula berasal daripada bahasa kaum

Sherpa dari Nepal. Mungkin nama yang diberikan

ini dikaitkan dengan haiwan memamah segala-galanya

dan mungkin juga merujuk kepada raksasa

gunung dan bukannya makhluk sebenar.

UMUM 
SURUHANJAYA DIRAJA

Suruhanjaya Diraja (Royal Commission) ialah

badan yang dilantik oleh raja British bagi

menjalankan sesuatu siasatan. Matlamatnya

ditentukan oleh bidang kuasa yang diberikannya

bagi sesuatu penyiasatan. Ia dianggotai oleh

beberapa orang yang tidak dibayar gaji.

Penyiasatan yang dilakukannya boleh merangkumi

penguatkuasaan undang-undang, aduan, suasana

yang wujud dalam industri atau hal-hal yang

berkaitan pendidikan, dan sosial. Hasil siasatan

dilaporkan kepada setiausaha dalam negeri.

Suruhanjaya Diraja tidak boleh memaksa sesuatu

dokumen atau sebarang bukti diberikan kepadanya

kecuali ia mempunyai kuasa khusus yang diberikan

oleh Akta Parlimen bagi tujuan tersebut. Di

Australia dan New Zealand, pihak kerajaan akan

meminta gabenor jeneral atau gabenor negeri

untuk melantik seseorang bagi membentuk

Suruhanjaya Diraja dan membuat laporan.

UMUM 
KEMBAR SIAM

Kembar siam yang dikenali juga sebagai kembar

melekat ialah kembar yang bersambung pada

bahagian tertentu di tubuh mereka. Kembar seperti

ini biasanya bersambung pada pinggul, dada,

abdomen, punggung, atau kepala. Ada juga yang

berkongsi organ dalaman seperti jantung atau hati.

Kembar siam ialah kembar seiras, iaitu pasangan

yang mempunyai sifat genetik yang sama. Kembar

siam berlaku kira-kira satu dalam 50 000 kelahiran.

Hanya kira-kira 500 kes sahaja yang dilaporkan di

seluruh dunia walaupun jumlah yang sebenarnya

mungkin lebih daripada itu.

UMUM 
POLIS

Polis ialah pekerja awam yang menguatkuasakan

undang-undang dan mengekalkan keamanan. Tugas

mereka ialah menghalang jenayah dan melindungi

nyawa serta harta benda orang awam dalam

sesebuah komuniti. Anggota-anggota polis lelaki

dan wanita berkhidmat kepada komuniti dalam

pelbagai cara. Mereka meronda jalan raya dengan

tujuan untuk mengawal jenayah dan membantu

menyelesaikan berbagai-bagai masalah orang ramai.

Polis mengawal lalu lintas untuk memastikannya

berjalan lancar dan selamat. Polis juga sering kali

dipanggil untuk menyelesaikan pertelingkahan,

mencari orang yang dilaporkan hilang atau

membantu mangsa-mangsa kemalangan. Pada masa

banjir, kebakaran dan lain-lain bencana, mereka

menyediakan tempat berteduh, pengangkutan dan

penjagaan kepada mangsa-mangsa.

UMUM 

Kembali ke atas