TETUPAI | Komponen penyokong beban yang dilekatkan pada dinding atau tiang bangunan. | KEJURUTERAAN | Alat/Alatan |
PLAT BUKU | Plat buku ialah label yang dicetak atau diukir dan dilekatkan pada buku sebagai tanda pemilikan. Ia biasanya dibuat dengan kertas, tetapi kadang- kadang velum (kulit haiwan yang disamak dan berkualiti tinggi), kulit dan bahan lain digunakan. Plat buku yang paling baik diukir melalui proses mekanis. Label yang sederhana dicetak nama pemilik dan alamat yang menjadikan plat buku lebih memuaskan, dan tidak mahal. | UMUM | |
SKRU ARCHIMEDES | Skru Archimedes ialah alat untuk menaikkan air. Ia terdiri daripada skru atau susunan bilah yang dilekatkan pada bahagian dalam silinder. Hujung bawah diletakkan di dalam air. Hujung atas mempunyai engkol yang memutarkan silinder. Benang skru atau bilahnya dengan perlahan menaikkan air sehingga ia mengalir keluar dari hujung atas. Alat ini digunakan di Lembah Sungai Nil untuk menyalirkan atau mengairkan tanah. Sesetengah sarjana percaya bahawa ia telah direka oleh ahli matematik Yunani purba, iaitu Archimedes. Lihat juga Archimedes (Rekaannya); Rekaan (Yunani Purba). | UMUM | |
KAMERA LUSIDA | Kamera lusida ialah alat melakar yang terdiri daripada prisma segi empat dan kaca pembesar yang dilekatkan pada bingkai. Istilah ini bermaksud kamar terang . | UMUM | |
AMBAL DAN PERMAIDANI | Ambal dan permaidani ialah fabrik yang digunakan sebagai hamparan. Ia menambah kecantikan, keselesaan, dan kehangatan kepada bilik dan ia membantu menyerap bunyi. Ambal hanya menutupi sebahagian daripada lantai bilik dan tidak dilekatkan. Permaidani menutupi keseluruhan lantai dan dipakukan atau dilekatkan. | UMUM | |
YO-YO | Yo-yo, sejenis alat permainan kecil yang terkenal di Eropah dan Amerika Syarikat sejak tahun 1930-an. Yo-yo terdiri daripada dua keping plastik atau kayu berbentuk bulat yang dilekatkan di tengah-tengahnya oleh sebuah pasak kecil. | UMUM | |
SAUH | Sauh ialah benda berat yang digunakan untuk menetapkan kedudukan kapal atau bot. Jenis sauh yang paling biasa dibuat daripada besi atau keluli. Tali atau rantai besi, yang dinamakan kabel sauh, dilekatkan pada sauh dan seterusnya diikat pada kapal. Apabila sauh diturunkan ke dasar air, ia terbenam ke dalam lumpur untuk menetapkan kedudukan kapal. Kebanyakan kapal besar membawa dua atau lebih sauh. Sauh-sauh ini mesti dinaikkan dan diturunkan oleh win (mesin hela). Membongkar sauh bermakna menarik sauh dari air | UMUM | |
TEODOLIT | Teodolit ialah sejenis alatan yang digunakan oleh juruukur untuk mengukur sudut dan arah. Ia menyerupai alat yang jarang-jarang digunakan yang dinamakan transit. Teodolit memberikan bacaan lebih tepat berbanding transit. Sesetengah teodolit membolehkan ukuran yang lebih hampir dengan satu saat daripada arka (pecahan darjah yang didefinisikan sebagai darjah). Kebanyakan teodolit dilekatkan pada tripod (tempat letak berkaki tiga). Teodolit dilengkapkan dengan teleskop yang memberi penglihatan yang tepat ke sebarang arah. Plat mengufuk di bawah teleskop memberikan bacaan di sekitar horizon dalam darjah, minit, dan saat arka, manakala plat tegak dan skala yang dilekatkan pada sisi kiri teleskop menyatakan bacaan menegak. | UMUM | |
TATAH DALAM | Tatah dalam ialah sejenis hiasan yang biasanya dibuat dengan membuat reka bentuk pada permukaan sesuatu bahan dan mengisi reka bentuk ini dengan bahan lain yang sering kali berbeza dengan ketara. Tatah dalam biasanya dikaitkan dengan perabot kayu. Jenis tatah dalam yang paling biasa mempunyai jaluran kecil kayu berwarna cerah yang dilekatkan pada latar kayu berwarna lebih gelap, seperti mahagoni. | UMUM | |
OUTRIGER | Outriger ialah sama ada dua jenis perahu atau dua jenis peranti perahu. Outriger ialah perahu yang dayungnya dilekapkan pada outriger (pendakap) yang terjojol dari bahagian tepi bot. Pendakap yang dinamakan outriger menopang dayung. Pendakap membantu meningkatkan penuilan perahu yang menggunakan dayung. Di negara-negara sekitar Lautan Hindi dan Pasifik, outriger ialah kanu dengan sebatang pelampung yang dilekatkan pada kerangka yang menganjur dari satu sisi. Tambahan pelampung ini dinamakan outriger . Pelampung ini merupakan pengimbang dan mengelakkan kanu itu daripada terbalik. Kanu yang mempunyai pelampung pada kedua-dua sisinya dinamakan outriger kembar. | UMUM | |