MAKMAL | Makmal ialah tempat yang dilengkapi dengan radas untuk menjalankan eksperimen, penyelidikan dan ujian saintifik. Banyak alat dan keluaran yang digunakan dalam kehidupan harian terhasil daripada kerja makmal. Ia termasuk enjin kereta, plastik, radio, fabrik sintetik, telefon, televisyen dan transistor. Makmal boleh didapati di universiti, institut penyelidikan, organisasi perindustrian dan jabatan kerajaan. Ia menjadi tempat latihan bagi ahli sains dan cara untuk menemui pengetahuan baharu. | UMUM | |
STOR BIJIAN | Stor bijian ialah bangunan yang dilengkapi untuk menyimpan, memuat dan memunggah bijian sebelum bijian dijual atau digunakan. Stor bijian terletak di ladang, di kilang pengisar, di stesen kereta api, dan limbungan, dan menyimpan bijian seperti barli atau gandum. | UMUM | |
MISIL BERPANDU | Misil berpandu ialah senjata terbang bak bom yang dipandu ke sasarannya. Sesetengah misil berpandu adalah pandu sendiri. Ia dilengkapi komputer dan alat khas yang lain yang memandunya. Sesetengah misil ini boleh juga mengejar dan memusnahkan sasaran yang sedang bergerak seperti kapal terbang atau peluru lain. Peluru berpandu lain terbang dengan kawalan manusia, walaupun ia tidak membawa juruterbang. Ia mengikut arahan yang dihantar melalui radio daripada pengawal yang mungkin berada jauh. | UMUM | |
BECA | Beca, kenderaan yang mempunyai tiga roda dan dilengkapi dengan satu atau dua tempat duduk penumpang. | KEJURUTERAAN | Kenderaan/Pengangkutan |
MIKROMETER | Mikrometer ialah sejenis peranti mekanikal yang mengukur jarak atau sudut yang kecil. Istilah mikrometer berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud ukuran kecil. Mikrometer digunakan untuk ukuran tepat. Pelbagai jenis peralatan kejuruteraan dan saintifik dilengkapi mikrometer, termasuk teleskop, mikroskop dan perkakas kaji selidik. | UMUM | |
TIANG SEBATAN | Tiang sebatan ialah tempat pesalah diikat untuk disebat sebagai hukuman. Hukuman ini satu ketika dahulu dilakukan di hadapan khalayak ramai. Kebanyakan kampung di England mempunyai tiang untuk menjalankan hukuman sebatan ini di dataran awamnya. Tiang ini biasanya dilengkapi dengan pasung (lihat Pasung ). | UMUM | |
TENIS DIRAJA | Tenis diraja, juga dikenali sebagai tenis sebenar ialah bentuk tenis purba yang rumit. Ia pertama kali dimainkan oleh raja-raja Perancis kira-kira 600 tahun yang lalu. Pemain bermain di gelanggang tidak semukur yang berbumbung curam atau emper, bersangga, dilengkapi dedans (ruang berjaring untuk penonton) dan grille (ruang gelanggang). Suatu jaring direntang di tengah-tengah gelanggang. Di lantai terdapat pelbagai garisan dengan nama-nama tertentu seperti chase a yard worse than last gallery dan hazard chase the door. | UMUM | |
SILAT MELAYU | SILAT MELAYU, ilmu membela diri yang dilengkapi dengan unsur-unsur kesenian dan tatasusila peradaban Melayu. Silat juga merupakan ilmu pendidikan formal yang terawal dalam kebudayaan Melayu sebelum wujudnya ilmu pendidikan formal yang diperkenalkan oleh bangsa asing. | BUDAYA | Konsep |
BAJU MELAYU | Baju Melayu, pakaian kebangsaan lelaki Melayu. Pakaian ini terdiri daripada baju Teluk Belanga atau baju cekak musang dengan seluar panjang serta dilengkapi samping dan songkok. Baju Melayu biasanya dipakai sebagai pakaian harian terutamanya untuk bersembahyang dan untuk ke pejabat pada hari Jumaat, untuk majlis formal, dan sebagai pakaian adat. | KESENIAN | Artifak/Mentifak |
KESATERIA DAN KESATERIAAN | Kesateria dan kesateriaan. Perkataan kesateria berasal daripada perkataan Inggeris Lama knight, yang bermaksud orang gaji peribadi. Orang Inggeris menggunakan perkataan itu untuk menghuraikan askar berkuda Perancis yang mula- mula tiba di England selepas penaklukan Norman pada tahun 1066. Kesateria hanya pahlawan yang dilengkapi dan dilatih untuk bertempur sambil menunggang kuda. | UMUM | |