STIKELBAK | Stikelbak ialah nama yang diberi kepada famili ikan kecil di Hemisfera Utara. Ikan ini dinamakan stikelbak kerana beberapa siripnya terdiri daripada duri kuat, yang tajam terpisah. Badannya tidak diliputi sisik, tetapi diliputi plat yang keras. Terdapat stikelbak air tawar dan laut. Stikelbak air tawar panjangnya 2.5 sentimeter hingga 7.5 sentimeter. Stikelbak laut, panjangnya tidak lebih daripada 18 sentimeter. | UMUM | |
STEPPE | Steppe ialah kawasan yang terutamanya diliputi oleh rumput pendek. Steppe terdapat di kawasan kering yang mengalami musim panas yang panas dan musim sejuk yang sejuk. Kebanyakan steppe menerima purata hujan dari 25 sentimeter hingga 50 sentimeter setahun – kurang hujan daripada di praire tetapi lebih banyak hujan daripada gurun. Kawasan pedalaman di Asia, Eropah, dan Amerika Utara mempunyai steppe yang luas. Kebanyakan tumbuhan steppe membesar kurang daripada 30 sentimeter tingginya. | UMUM | |
MARTEN | Marten ialah mamalia kurus, diliputi bulu, yang kelihatan seperti weasel. Ia hidup di Asia, Eropah dan Utara Amerika. | UMUM | |
KETAM | Ketam ialah haiwan yang diliputi oleh cangkerang keras dan mempunyai kaki bersendi. | UMUM | |
SIPUT | Siput ialah haiwan yang badan lembutnya biasanya diliputi cangkerang berlingkar. Siput merayap menggunakan organ berotot yang kuat yang dikenali sebagai kaki. Badannya mempunyai kepala berserta tentakel, mata, mulut, dan gigi yang halus. Mungkin terdapat lebih daripada 80 000 jenis siput. Sesetengahnya lebih kecil daripada saiz kepala jarum peniti. Yang lain membesar sehingga 60 sentimeter panjangnya. | UMUM | |
SURINAM | Surinam ialah negara di pantai timur laut Amerika Selatan. Gunung-ganang yang diliputi hutan hujan merangkumi lebih kurang 80 peratus daripada Surinam dan kebanyakan penduduknya tinggal di kawasan datar pantai. Ia merupakan negara terkecil di Amerika Selatan, dari segi keluasan dan jumlah penduduk. Untuk mengetahui keluasan dan jumlah penduduk Surinam, lihat jadual Fakta ringkas dalam rencana ini. Hampir separuh penduduknya tinggal di Paramaribo, ibu negara, bandar terbesar dan pelabuhan utama Surinam. Kerajaan Belanda memerintah negara ini dari tahun 1667 hingga tahun 1975 apabila Surinam mencapai kemerdekaan. Sebelum mencapai kemerdekaan Surinam dikenali dengan nama Guiana Belanda. | UMUM | |
MOCK ORANGE | Mock orange kadangkala dikenali sebagai syringa , ialah pokok bangkut yang diliputi gugusan bunga kecil, selapis atau dua lapis, berwarna putih atau krim. | UMUM | |
PERGUNUNGAN GREAT SMOKY | Pergunungan Great Smoky diberi nama sedemikian kerana pergunungan itu biasanya diliputi asap kabus atau jerebu. Pergunungan ini adalah antara yang tertinggi dan paling berceranggah dalam sistem Pergunungan Appalachian di Amerika Syarikat. Great Smoky dipenuhi hutan tebal dengan lebih daripada 200 spesies pokok. Pokok ini mewujudkan suasana kabus yang amat tebal dan lembap yang kelihatan seperti asap kabus di puncak gunung. | UMUM | |
IKAN MENTEGA | Ikan mentega ialah nama yang diberi kepada beberapa ikan yang mempunyai kulit licin yang diliputi mukus. | UMUM | Umum |
SWITZERLAND | Switzerland ialah negara Eropah yang kecil dan terkenal kerana keindahannya, gunung-ganang yang diliputi salji dan penduduknya yang cintakan kebebasan. Pergunungan Alps dan Pergunungan Jura meliputi lebih separuh Switzerland. Namun kebanyakan orang Switzerland tinggal di penara yang terbentang merentasi di bahagian tengah negara ini di antara kedua-dua buah banjaran gunung tersebut. Di kawasan ini terletak kebanyakan industri Switzerland dan tanah ladangnya yang paling subur. Ibu negara Switzerland, Bern, dan Zurich, bandar yang terbesar juga terletak di sini. | UMUM | |