OAKLEY, ANNIE | Oakley, Annie (1860–1926) ialah penembak tepat Amerika yang terkenal (pakar menggunakan senapang) yang membintangi pertunjukan Buffalo Bill’s Wild West selama lebih 16 tahun. Dia dibantu oleh suaminya, Frank Butler, dan lakonannya termasuk menembak duit syiling yang dipegang oleh suaminya atau menembak rokok di mulut suaminya. Oakley juga boleh menembak kad yang dilontarkan ke udara dari sejauh 25 meter. | UMUM | |
NULLA NULLA | Nulla nulla ialah perkataan Orang Asli Australia bagi belantan dan mungkin berasal daripada salah satu dialek daerah Sydney. Orang Asli Australia mempunyai pelbagai jenis belantan untuk berburu dan berlawan. Kebanyakannya diperbuat daripada kayu yang bahagian hujungnya tajam, bulat, atau berbonggol dan pemegangnya kira-kira satu meter panjang, tetapi dalam sesetengah keadaan hulu batu dilekapkan padanya. Nulla nulla sering dilontarkan dalam permainan atau kepada pihak musuh. | UMUM | |
SERAMPANG | SERAMPANG, senjata panjang seperti tombak dan lembing yang dilontar. Bagaimanapun mata serampang bercabang dua atau pun bercabang tiga (bentuk trisula). Matanya dipasang pada sebatang kayu yang bulat, lurus dan ringan. Jenis kayu ini tidak mudah patah apabila dilontarkan pada sasarannya. | BUDAYA | Alat/Alatan |