Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dimakan

Puisi
 

Buah pedada dimakan kera,
     Jatuh ke pantai dimakan tupai;
Kalau hayatku salah ada,
     Sudilah juak bunga terpakai.


Lihat selanjutnya...(107)
Peribahasa

Dimakan mati emak,
     diluahkan mati bapa.

Bermaksud :

Menghadapi sesuatu masalah yang sangat sulit; dalam keadaan yang serba salah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai bertemu [= makan] buah si malakamo: dimakan mati bapa, tidak dimakan mati ibu, b. Bagai memegang buah kepantangan beruk: ditelan mati emak, diludahkan mati bapa, c. Bak membelah kepayang muda: dimakan mabuk, dicampak sayang, d. Digenggam takut mati, dilepaskan takut terbang, e. Dikatakan mati emak, tak dikatakan mati bapa, f. Seperti Kur'an [Quan] buruk: dibaca tak boleh dipersebarangan dosa).

 

Lihat selanjutnya...(47)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
AMBROSIA

Ambrosia ialah bahan ajaib yang dimakan oleh

dewa dalam mitologi Yunani dan Rom. Ambrosia

dimakan dengan madu, iaitu minuman dewa.

Manusia yang memakan ambrosia dan meminum

madu menemui maut. Perkataan ambrosia

bermakna berbau harum atau sedap . Lihat juga

Madu.

UMUM 
ARTICOK

Articok ialah sejenis tumbuhan besar bak thistle

yang menghasilkan kudup bunga yang boleh

dimakan. Sisik dan jantung (pusat) bunga itu

dimakan sebagai sayur. Jantungnya pula biasanya

ditinkan ataupun dibekukan. Articok membekalkan

sebilangan vitamin dan mineral. Kadang-kadang

articok dikenali sebagai articok glob. Ia berasal

dari kawasan Mediterranean.

UMUM 
SWEDE

Swede ialah tumbuhan yang akarnya boleh

dimakan yang rasanya seperti lobak putih. Ia juga

dinamakan rutabaga dan lobak putih Rusia. Swede

lebih keras daripada lobak putih, dan biasanya

dituai pada akhir tahun. Akarnya yang berwarna

kuning kaya dengan vitamin dan mineral. Ia

dimakan rebus atau dibakar. Daunnya yang

berwarna hijau-biru juga boleh dimakan.

Pengelasan saintifik. Swede tergolong dalam famili

mustard, Cruciferae (Brassicaceae). Ia adalah Brassica

napobrassica.

UMUM 
SWISS CHARD

Swiss chard ialah sayur laman. Daunnya

dimakan sebagai sayur. Swiss chard berkaitan

dengan tumbuhan bit biasa. Ia menyerupai bit,

tetapi akarnya tidak besar berisi. Swiss chard

mempunyai akar kecil berkayu yang tidak boleh

dimakan. Sayur ini mempunyai batang daun yang

berisi, daun yang besar, dan berwarna hijau tua.

Sesetengah jenis mempunyai daun berwarna

kuning pucat dan yang lain mempunyai daun dan

batang-daun berwarna merah terang.

UMUM 
MACKEREL

Mackerel ialah nama beberapa spesies ikan yang

boleh dimakan yang ada kaitannya dengan tuna.

Semua jenis mackerel kuat berenang. Mackerel

mempunyai isi yang gelap dan berminyak. Ikan ini

banyak ditangkap untuk makanan. Kebanyakannya

ditinkan dan yang lainnya dimakan sebagai ikan

segar.

UMUM 
KUBIS BUNGA

Kubis bunga ialah sayur kebun yang kaya dengan

vitamin dan mineral. Ia paling biasa dimakan,

dimasak, tetapi kadangkala dimakan mentah atau

dijeruk.

UMUM 
SAYUR

Sayur adalah mana-mana satu daripada banyak

makanan berkhasiat yang diperoleh daripada daun,

akar, biji, batang, dan lain-lain bahagian tumbuhan

tertentu. Sayur dimakan mentah atau dimasak, dan

digunakan sebagai sebahagian daripada hidangan

utama, dalam salad dan sup dan sebagai snek. Selain

sayur dan herba yang ditanam dimakan

di negara kawasan tropika, terdapat lebih kurang 100

jenis sayur yang dimakan atau ditanam di merata

dunia.

UMUM 
KEJU

Keju ialah makanan yang lazat dan berkhasiat

yang dibuat daripada susu. Selama beribu-ribu

tahun, keju menjadi satu daripada makanan utama

manusia di seluruh dunia. Keju boleh dimakan

begitu sahaja atau dimakan dengan biskut,

sandwic, salad, atau dimasak dengan makanan

lain.

UMUM 
ROTI

Roti ialah makanan yang paling banyak dimakan.

Ia memberi sebahagian besar tenaga dan protein

berbanding dengan makanan lain. Roti sering

dikenali sebagai makanan asas .

UMUM 
PLUM

Plum ialah buah yang popular yang dimakan

segar atau digunakan untuk membuat jem, jeli dan

jeruk. Sesetengah jenis plum dikeringkan untuk

dibuat prun (lihat Prun ).

UMUM 
123456789

Kembali ke atas