Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dimakannya


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KUPU-KUPU KELONGSONG

Kupu-kupu kelongsong ialah nama serangga

Australia yang membuat kelongsong daripada

bahan yang diambil daripada tumbuhan yang

dimakannya. Kelongsong ini dikukuhkan oleh

sutera.

UMUM 
PROTEIN

Protein adalah satu daripada tiga kelas utama

makanan yang diperlukan oleh badan. Yang lain

adalah karbohidrat dan lemak. Protein wujud dalam

setiap sel dan diperlukan oleh hidupan tumbuhan

dan haiwan. Tumbuh-tumbuhan membina protein

daripada bahan dalam udara dan tanah. Manusia

dan haiwan memperoleh protein daripada makanan

yang dimakannya. Makanan yang tinggi kandungan

proteinnya termasuk keju, telur, ikan, daging dan

susu.

UMUM 
AVOSET

Avoset ialah sejenis burung randuk yang

mempunyai kaki yang panjang, berukuran kira-

kira 40 hingga 45 sentimeter. Terdapat empat

spesies avoset, iaitu satu di Australia, satu di

Amerika Utara, satu di Amerika Selatan, dan satu

di Eropah. Bulu avoset kebanyakannya berwarna

hitam dan putih. Kepala dan leher avoset Amerika

Utara berjalur-jalur perang semasa musim mengawan.

Burung ini mempunyai paruh yang panjang,

rata, yang melengkung ke atas, dan boleh

mengorek-ngorek dasar takungan air cetek.

Dengan cara ini, ia dapat memungut hidupan air

yang kecil untuk dimakannya. Ia juga makan

makanan lain yang terapung di permukaan.

Pengelasan saintifik. Avoset termasuk dalam famili

avoset dan Recuvirostridae. Avoset Australia ialah

Recurvirostra novaehollandiae, avoset Eropah R.

avosetta, dan avoset Amerika Utara R.americana.

UMUM 

Kembali ke atas