| KUASA AIR | Kuasa air ialah sumber tenaga yang bernilai. Apabila bahan api seperti batu arang, minyak, dan bahan api nuklear telah dibakar sebagai sumber tenaga, ia tidak boleh digunakan semula. Tetapi air yang digunakan sebagai sumber tenaga tidak habis digunakan. Air yang mengalir berterusan di bumi boleh dimanfaatkan untuk mengeluarkan tenaga mekanikal dan tenaga elektrik yang berguna. | UMUM | |
| SENJUH SURATAN | SENJUH SURATAN, buku panduan tatabahasa bahasa Melayu yang boleh dimanfaatkan untuk menghasilkan karangan. Buku ini adalah karya Muhammad Shah bin Yusof, seorang guru pelawat bandar Melaka. Karya ini diterbitkan pada tahun 1922, dalam tulisan Jawi dan dicetak oleh Matbaah Kahiriyah, Muar Johor. Buku ini telah diterbitkan semula oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dalam versi Jawi tanpa mengubah isi dan ejaannya. Edisi DBP yang pertama telah diterbitkan pada tahun 1995 dalam Siri Koleksi Warisan. | BAHASA | Karya |
| LAPORAN RAZAK | LAPORAN RAZAK, laporan Jawatankuasa Pendidikan 1956 tentang pendidikan. Laporan ini dihasilkan pada bulan April 1956 oleh satu Jawatankuasa Pendidikan yang ditubuhkan pada bulan September 1955 dan dipengerusikan oleh Dato’ Abdul Razak bin Hussein, Menteri Pelajaran. Antara tujuan jawatankuasa ini ditubuhkan termasuklah untuk meneliti semula dasar kerajaan Persekutuan Tanah Melayu tentang pendidikan pelajaran dan mencadangkan beberapa perubahan yang sesuai dan dapat dimanfaatkan oleh rakyat Tanah Melayu dan menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Penerbitan |