Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dimenangi


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERTEMPURAN VIMY RIDGE

Pertempuran Vimy Ridge ialah pertempuran

Perang Dunia I yang dimenangi oleh angkatan

tentera Kanada setelah berjaya menewaskan tentera

Jerman. Dalam pertempuran tersebut, tentera Kanada

menawan Vimy Ridge, sebuah rabung yang

mempunyai kedudukan yang strategik berhampiran

bandar Arras, di bahagian utara Perancis.

UMUM 
ANUGERAH RATU UNTUK EKSPORT DAN TEKNOLOGI

Anugerah Ratu untuk Eksport dan

Teknologi, dianugerahkan kepada syarikat di

United Kingdom yang memperoleh pencapaian

yang cemerlang dalam usaha meningkatkan eksport

atau dalam inovasi teknologi (menggunakan kaedah

baru atau mengeluarkan produk baru). Anugerah ini

dapat dimenangi oleh mana-mana cabang industri,

termasuk pertanian. Pemegang anugerah ini – sama

ada untuk pencapaian dalam bidang pengeksportan

atau dalam bidang teknologi – menerima replika

lambang anugerah tersebut yang dibuat daripada

besi dan dilekapkan pada blok yang lut sinar.

Pemegang anugerah ini berhak mempamerkan

lambang tersebut pada alat tulis yang dicetak dan

pada produk mereka. Bagi anugerah eksport,

lambang itu mempunyai huruf E di tengahnya. Bagi

anugerah teknologi, ia mempunyai huruf T.

UMUMAnugerah/Hadiah

Kembali ke atas