| ALUVIUM | Aluvium ialah tanah, pasir, batu kerikil, tanah liat, kelodak, atau bahan-bahan lain yang dimendapkan oleh air yang mengalir. Mendapan aluvium berlaku apabila sungai atau anak sungai berkurangan halajunya ketika mengalir menuruni lereng gunung atau memasuki tasik, laut pedalaman, atau teluk yang tenang. | UMUM | |
| DATARAN BANJIR | Dataran banjir, permukaan pamah berhampiran sungai yang terdiri daripada enapan yang dimendapkan di kiri dan kanan alur sungai. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Proses/Tindak Balas |
| KIPAS ALUVIUM | Kipas aluvium, bentuk muka bumi seakan-akan kipas atau kon yang terdiri daripada bahan enapan yang dimendapkan oleh sungai semasa mengalir keluar dari hadapan gunung ke dataran. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Bentuk Muka Bumi |