PERNIAGAAN | Perniagaan, termasuk kesemua kegiatan pengeluaran barang dan perkhidmatan secara komersial. Pengeluar terdiri daripada kedai kecil yang dimiliki oleh orang perseorangan sehingga kepada organisasi besar yang dimiliki oleh beribu- ribu pemegang saham. Perkataan perniagaan boleh merujuk kepada pengeluar barang atau perkhidmatan yang sama, seperti perniagaan pakaian , perniagaan hiburan, atau perniagaan insurans . Perusahaan perniagaan oleh individu juga boleh dipanggil sebagai perniagaan. | UMUM | |
ENKLAF | Enklaf ialah daerah yang dimiliki oleh sesebuah negara tetapi terletak dalam negara lain. Contohnya, Macau ialah enklaf Portugis di kawasan pantai China (lihat Macau). | UMUM | |
KOPERASI | Koperasi ialah sejenis perniagaan yang dimiliki oleh mereka yang menggunakan perkhidmatan perniagaan itu sendiri. | UMUM | |
MATA SYAITAN | Mata syaitan kononnya ialah kuasa yang dimiliki oleh seseorang yang boleh mengancam orang lain, atau hartanya, hanya dengan renungannya. | UMUM | |
KAPAL BERSENJATA PERSENDIRIAN | Kapal bersenjata persendirian ialah kapal bersenjata yang dimiliki oleh orang persendirian. | UMUM | |
ESTET | Estet ialah istilah undang-undang yang merujuk kepada keseluruhan harta yang dimiliki oleh seseorang individu. Istilah ini juga merujuk kepada hak atau kepentingan seseorang dalam sesuatu bidang tanah. | UMUM | |
PETROLIAM NASIONAL BERHAD (PETRONAS) | Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) ialah syarikat minyak dan gas negara yang dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia. Ditubuhkan pada 17 Ogos 1974, PETRONAS diperuntukkan hak milik dan pengawalan sepenuhnya ke atas semua sumber minyak dan gas Malaysia, mengikut Akta Kemajuan Petroliam 1974. Sejak penubuhannya, PETRONAS telah mempelbagaikan kegiatannya daripada usaha eksplorasi minyak serta gas di peringkat huluan kepada aktiviti penapisan minyak, pemprosesan, pencecairan dan penyaluran gas asli; pengeluaran petrokimia; pemasaran dan pengangkutan di peringkat hiliran. PETRONAS mempunyai kepentingan perniagaan di lebih daripada 30 buah negara. Sehingga akhir bulan Mac 2002, kumpulan PETRONAS terdiri daripada 73 anak syarikat milik penuh, 21 anak syarikat milik sebahagian dan 45 syarikat usaha sama. | UMUM | |
PERHIASAN KEBESARAN DIRAJA | Perhiasan kebesaran diraja atau Crown jewel merupakan perhiasan berharga yang dimiliki oleh raja dan ratu England. Sebahagian besar perhiasan ini terdiri daripada mahkota, cogan alam, dan objek lain yang digunakan semasa upacara Pertabalan (lihat Permahkotaan). | UMUM | |
PERBADANAN KEWANGAN ANTARABANGSA | Perbadanan Kewangan Antarabangsa – International Finance Corporation (IFC) ialah badan pelaburan yang dimiliki dan dibiayai oleh kira-kira 125 buah negara. IFC menggalakkan pertumbuhan perusahaan swasta yang produktif di kalangan negara anggota yang kurang membangun. Ia melabur dalam perusahaan swasta di negara tersebut tanpa jaminan daripada pihak kerajaan. Pelaburannya membentuk sebahagian daripada jumlah pelaburan lebih besar yang disediakan oleh pelabur usahawan swasta tempatan dan pelabur asing. IFC juga melabur dalam projek yang dibiayai bersama oleh kerajaan dan pelabur swasta. | UMUM | |
NOVAYA ZEMLYA | Novaya Zemlya ialah nama dalam bahasa Rusia bagi dua buah pulau di Lautan Artik yang dimiliki oleh Rusia. Nama itu bermakna tanah baru. Keluasan pulau utara adalah kira-kira 52 000 kilometer persegi, sementara pulau selatan adalah kira-kira 38 800 kilometer persegi. Pulau-pulau ini mempunyai gabungan garisan pantai 2736 kilometer. | UMUM | |