Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dimulai

Peribahasa

Langkah yang telah terlangkahkan.

Bermaksud :

Sesuatu yang sudah dimulai melakukannya.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SOLAT

Solat dari segi bahasa bermaksud doa. Manakala

dari segi syarak pula adalah percakapan, perbuatan

yang dimulai dengan takbir dan disudahi dengan

salam. Ia satu ibadah yang diketahui tentang rukun,

sujud, berdiri dan membaca ayat-ayat yang mudah

daripada al-Qur’an.

UMUM 
SURAH AL-LAYL

Surah al-Layl ialah salah satu daripada surah

Makkiyyah, surah yang ke-92 mengikut susunan

surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 21 ayat.

Surah ini dinamakan al-Layl kerana dimulai dengan

lafaz sumpah al-Layl (malam) iaitu satu waktu yang

kebiasaannya tenang dan gelap.

UMUM 
SURAH AL-INFITAR

Surah al-Infitar ialah salah satu daripada surah

Makkiyyah, surah yang ke-82 mengikut susunan

surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 17 ayat.

Surah ini dinamakan al-Infitar (terbelah) kerana

dimulai dengan peristiwa langit terbelah dan

keadaan alam yang akan hancur.

UMUM 
ADAT PERTABALAN SULTAN PERAK

ADAT PERTABALAN SULTAN PERAK, upacara menabalkan Sultan Perak yang baharu untuk menggantikan sultan yang mangkat. Upacara dimulai dengan istiadat mengangkat sumpah di hadapan jenazah almarhum sultan sebelum jenazah dimakamkan. Walau bagaimanapun, istiadat pertabalan yang lain boleh dan biasanya diadakan beberapa bulan atau setahun kemudiannya.

           

BUDAYAKonsep
SURAH AL-BURUJ

Surah al-Buruj ialah salah satu daripada surah

Makkiyyah, surah yang ke-85 mengikut susunan

surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 28 ayat.

Surah ini dinamakan al-Buruj (bintang-bintang)

kerana ia dimulai dengan sumpah menggunakan

perkataan tersebut.

Surah ini mengemukakan tentang hakikat akidah

Islam. Perkara pokok yang dibincangkan oleh surah

ini ialah mengenai peristiwa Ashab al-Ukhdud,

iaitu kisah pengorbanan diri demi

mempertahankan akidah dan iman.

UMUM 
SURAH AL-ANFAL

Surah al-Anfal ialah salah satu daripada surah

Madaniyyah, surah yang kelapan mengikut

susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi

75 ayat. Surah ini dinamakan al-Anfal (harta

rampasan perang) kerana ayatnya dimulai dengan

firman Allah S.W.T. yang bermaksud:

Mereka bertanya kepadamu (wahai

Muhammad) tentang harta al-Anfal (rampasan

perang)”.

(Surah al-Anfal 8:1)

UMUM 
AL-QUR’AN AL-KARIM

Al-Qur’an al-Karim ialah kalamullah yang

diturunkan kepada Rasul-Nya Nabi Muhammad

SAW dalam bahasa Arab melalui perantaraan

Malaikat Jibril a.s. Ia tertulis pada mashaf,

diriwayatkan kepada kita secara mutawatir dan

membacanya ialah satu ibadah. Ia dimulai

dengan surah al-Fatihah dan diakhiri dengan surah

an-Nas. Ia juga satu mukjizat Islam yang kekal.

UMUM 
TAMAN SISWA

TAMAN SISWA, lembaga pendidikan nasional yang didirikan oleh Ki Hadjar Dewantara atau nama sebenarnya Raden Mas Suwardi Suryaningrat di Yogyakarta pada 3 Julai 1922.  pertubuhan atau gerakan ini dimulai dengan sebuah taman kanak-kanak yang kemudian berkembang menjadi satu organisasi pendidikan yang cawangan dan sekolah-sekolahnya tersebar di seluruh Indonesia.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
TEPUNG TAWAR

TEPUNG TAWAR, sejenis bahan atau ramuan yang digunakan dalam perubatan tradisi dan acara ritual orang Melayu. Tepung tawar dibuat daripada beras yang dibancuh dengan air. Tepung tawar harus dibuat dengan tertib, cermat dan dimulai dengan bacaan bismillah. Biasanya tepung tawar dibuat beberapa minit sebelum digunakan. Tepung tawar dibuat khusus untuk sesuatu tujuan atau acara sahaja.

BUDAYAKonsep
IAKAH SALMAH?IAKAH SALMAH?, novel kedua yang ditulis oleh Ahmad bin Haji Muhammad Rashid Talu yang diterbitkan dalam tujuh jilid, mempunyai 648 halaman dan diterbitkan dari bulan Disember 1928 hingga September 1929. Novel Melayu yang diterbitkan secara bersiri ini merupakan satu fenomena baharu dalam penerbitan novel pada tahun 1920-an yang dimulai dengan Syed Syeikh Ahmad al-Hadi. SASTERAKarya
12

Kembali ke atas