AKHENATON , | Akhenaton juga dinamai Ikhnaton, memerintah Mesir purba sebagai Firaun dari tahun 1367 S.M. hingga tahun 1350 S.M | UMUM | |
AUSTRIA-HUNGARY | Austria-Hungary, juga dinamai Monarki Austria- Hungary dan dwimonarki ialah sebuah negara di Eropah tengah dari tahun 1867 hingga tahun 1918. Austria-Hungary telah dibentuk daripada Empayar Austria, termasuk Kerajaan Hungary. | UMUM | |
YUGOSLAVIA | Yugoslavia asalnya daripada sebuah negara yang lebih besar, juga dinamai Yugoslavia, yang telah berpecah menjadi beberapa buah negara merdeka pada tahun 1991 dan 1992. Yugoslavia yang baru ini, seperti Yugoslavia yang terdahulu, terletak di Semenanjung Balkan di tenggara Eropah. Belgrade ialah ibu negara dan bandar terbesar di Yugoslavia. | UMUM | |
MALLEE | Mallee ialah daerah di barat daya Victoria, Australia. Ia dinamai sempena nama sejenis pokok kayu putih yang banyak terdapat di kawasan itu. Daerah Mallee terletak di selatan Sungai Murray dan di timur sempadan Australia Selatan. Suatu garisan sempadan yang menghala ke selatan dari Kerang menuju ke timur Birchip, kemudian ke barat menuju ke sempadan Australia Selatan, merupakan sempadan daerah ini. | UMUM | |
NORMANDY | Normandy ialah sebuah daerah yang terletak di barat laut Perancis. Ia dinamai sedemikian sempena orang Norse yang menakluk kawasan tersebut pada tahun 800-an. Normandy terletak di sepanjang pinggir Selat Inggeris di antara Picardy dengan Brittany . Bandar-bandar terkenal di Normandy termasuklah Rouen, ibu negeri provinsi lama tersebut; Le Havre, Honfleur, Caen, Bayeux, dan Cherbourg . Penduduk daerah ini terkenal sebagai pelaut dan petani. Petani mengkhusus dalam penghasilan tenusu dan menanam pohon buah- buahan, khususnya epal untuk membuat cider dan brandi. Bijih besi dilombong berhampiran Caen. | UMUM | |
AIR MATA JOB | Air mata Job ialah sejenis rumput tinggi yang hidup dalam iklim tropika. Rumput ini dinamai demikian kerana gelembung bak titisan air mata yang mengandungi bijinya yang matang. Rumput ini ada kaitan dengan jagung, dan ditanam di Asia untuk mendapatkan bijirinnya. Di Jepun, bijinya digunakan untuk membuat teh. | UMUM | |
ALLSPICE | Allspice ialah sejenis rempah berperisa menyamai gabungan kayu manis, cengkih, dan buah pala. Allspice kadangkala dinamai lada Jamaica atau pimento . Ia diperoleh daripada buah beri yang belum matang daripada pokok pimento. | UMUM | |
ROMANIA | Romania , juga dieja Rumania, ialah negara di timur Eropah. Namanya bererti tanah orang Rom. Negara ini dinamai sedemikian kerana ia adalah sebahagian daripada empayar Rom pada zaman purba. Orang Romania merupakan satu-satunya bangsa Eropah timur yang bahasa dan keturunan mereka berasal daripada orang Rom. Bucharest ialah ibu negara dan bandar terbesar di Romania. | UMUM | |
NEW PLYMOUTH | New Plymouth (pend. 48 519) ialah sebuah bandar di Pulau Utara, New Zealand. Bandar ini merupakan bandar utama dan pelabuhan Taranaki, yang pernah satu masa dahulu dinamai provinsi New Plymouth . New Plymouth menjadi pangkalan pengeluar gas luar pantai yang amat besar. Bandar yang terletak di bawah cerun utara Gunung Egmont ini mempunyai beberapa pantai. Taman Pukekura, adalah salah satu taman yang mempunyai pemandangan yang paling indah di New Zealand. Muzium Taranaki dan balai seni lukis terletak berhampiran pusat bandar. Gereja St. Mary, yang dibuka pada tahun 1846, merupakan salah satu gereja batu tertua di New Zealand. | UMUM | |
UDARA PEMBAKARAN | Udara yang digunakan dalam proses pembakaran. Udara mengandungi satu kmol oksigen dan 3.76 kmol nitrogen. Oksigen merupakan komponen penting dalam proses pembakaran bahan api. Kuantiti udara yang diperlukan hanya mencukupi untuk proses pembakaran sesuatu bahan api dinamai udara teori atau udara stoikiometri. Ia dikira berdasarkan persamaan kimia tindak balas yang terlibat dalam proses pembakaran. Secara praktik, proses pembakaran lengkap sukar dicapai dengan hanya menggunakan udara teori. Oleh itu, udara yang diperlukan biasanya melebihi jumlah udara ...Rujuk Ensiklopedia Sains dan Teknologi | KEJURUTERAAN | Teori/Teorem/Hukum |