Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dinamakan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MUHARAM

Muharam, bulan yang pertama mengikut

kalendar Hijrah. Ia dinamakan Muharam kira-kira

pada tahun 412 M., ketika zaman Kilab ibn Murrah,

iaitu datuk kelima kepada Rasulullah s.a.w. Bulan ini

dinamakan Muharam kerana pada bulan ini orang

Arab diharamkan berperang dan membuat serbuan.

Dikatakan juga, ia dinamakan Muharam kerana pada

masa itu mereka saling berperang dan melakukan

pembunuhan yang besar, lalu mereka

mengharamkan pembunuhan. Oleh sebab itu,

mereka menamakan bulan itu Muharam.

UMUM 
ALBIGENS

Albigens ialah sekumpulan orang yang dinamakan

sempena nama Albi, sebuah bandar di selatan

Perancis. Mereka ialah sebahagian daripada taifah

yang dinamakan Cathari , yang berkembang pesat di

beberapa bahagian di Perancis, Jerman, dan Itali

pada tahun 1100-an dan 1200-an. Kumpulan

Albigens percaya bahawa prinsip kebaikan dan

kejahatan terus bertentangan dengan satu sama lain

di dunia.

UMUM 
TERIPANG

Teripang ialah nama komersial bagi spesies

tertentu haiwan laut yang telah dikeringkan yang

dinamakan gamat atau timun laut (lihat Gamat ).

Teripang juga dinamakan bêche-de-mer . Ia

digunakan sebagai makanan di Timur Jauh. Gamat

mempunyai badan yang lembut bak cacing.

Panjangnya berbeza-beza dari beberapa sentimeter

hingga kira-kira 60 sentimeter. Untuk menyediakan

spesies yang boleh dimakan, bahagian dalam

dibuang dan badannya direbus. Kemudian ia

direndam dalam air segar dan disalai atau dijemur

dalam panas matahari. Ia menghasilkan bahan bak

getah yang digunakan untuk memekatkan dan

memperasa sup.

Pusat utama industri teripang ialah Ujung

Pandang, sebuah pelabuhan di Sulawesi,

Indonesia. California di Amerika Syarikat juga

mempunyai industri teripang.

UMUM 
SPEKTROSKOPI JISIM

Spektroskopi jisim, juga dinamakan

spektrometri jisim ialah satu kaedah untuk

memisahkan atom atau molekul yang diionkan,

mengikut jisim (m) dan cas elektriknya (z). Ia

melibatkan penggunaan alat yang dinamakan

spektrometer jisim. Spektroskopi jisim merupakan

satu cara yang berkesan untuk mengenal unsur,

isotop dan molekul. Ia juga boleh digunakan untuk

menentukan komposisi dan struktur kimia sesuatu

bahan yang lebih kompleks.

UMUM 
MESMER, FRANZ ANTON

Mesmer, Franz Anton (1734–1815) ialah doktor

Austria yang merintis amalan hipnotisme. Dia

mengembangkan teori yang dinamakan

“kemagnetan haiwan” yang kemudiannya

dinamakan pemukauan (mesmerisme). Mesmer

percaya terdapat cecair misteri yang boleh

menembusi semua tubuh. Cecair ini

membolehkan seseorang itu mempunyai kuasa,

iaitu pengaruh “magnetik” ke atas orang lain.

UMUM 
SABTU

Sabtu , disebut Saeter-daeg oleh orang Anglo-

Saxon, ialah hari ketujuh dalam satu minggu. Ia

dinamakan bersempena nama dewa Rom Saturn,

dan merupakan satu-satunya hari yang dinamakan

mengikut nama dewa Rom purba. Sabtu ialah hari

Sabat di kalangan orang Yahudi dan pengikut

Seventh-day Adventists. Kebanyakan majikan

memberikan pekerjanya cuti separuh hari atau cuti

penuh pada hari Sabtu.

Lihat juga Minggu.

UMUM 
MINUMAN RINGAN

Minuman ringan ialah minuman tanpa alkohol,

berperisa, yang disediakan dengan air bergas.

Minuman ini dinamakan ringan untuk

membezakannya daripada minuman keras

(beralkohol). Minuman ringan juga dinamakan

sebagai pop soda, soda, atau pop. Kola adalah

minuman ringan yang paling banyak digunakan.

Perisa lain termasuk lemon, limau nipis, oren,

anggur, dan air halia. Minuman ringan popular di

banyak negara di dunia.

UMUM 
PALATINATE

Palatinate ialah nama dua buah negara kecil dalam

Empayar Jerman lama. Salah sebuah dinamakan

Palatinate Atas dan yang sebuah lagi dinamakan

Palatinate Bawah atau Palatinate Rhenish.

UMUM 
SAPSUCKER

Sapsucker adalah satu daripada sekumpulan

burung dalam famili belatuk. Ia hanya tinggal di

Amerika Utara. Burung ini dinamakan sapsucker

kerana sebahagian daripada dietnya ialah

sap daripada pokok. Ia memperoleh sap ini

dengan membuat lubang kecil yang dinamakan

perigi pada kulit pokok. Ia juga memakan serangga

yang tertarik kepada sap, memakan semut dan buah

liar. Sapsucker yang biasa didapati di timur Amerika

Syarikat ialah sapsucker perut kuning . Burung

jantannya mempunyai jambul dan leher berwarna

merah marak (skarlet) dan bahagian atas berwarna

hitam dengan tanda-tanda putih. Pada musim sejuk

sapsucker terbang ke selatan sejauh Amerika Tengah.

Ia bertelur dalam lubang di pokok. Burung betina

bertelur tiga hingga tujuh biji telur berwarna putih bersih.

Sapsucker dada merah barat tinggal di Pantai Pasifik. Burung

dewasa kedua-dua jantina mempunyai jambul, leher

dan dadanya, berwarna merah. Sapsucker

mempunyai tabiat yang hampir sama dengan burung

belatuk tetapi kadangkala ia merosakkan pokok.

UMUM 
OHM, GEORG SIMON

Ohm, Georg Simon (1727–1854) ialah ahli fizik

Jerman, yang pada tahun 1827 telah menemui

hukum matematik arus elektrik yang dinamakan

hukum Ohm (lihat Hukum Ohm ). Ohm, iaitu unit

rintangan elektrik, dinamakan sempena namanya.

Penemuannya telah diabaikan sehinggalah pada

tahun 1833, apabila dia menjadi profesor fizik di

Nuremberg. Dia telah dilantik sebagai profesor

fizik di University of Munich pada tahun 1849.

Ohm lahir di Erlangen, Jerman. Dia mendapat

ijazah dari University of Erlangen.

UMUM 
12345678910...

Kembali ke atas