Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[di.na.mik] | ديناميک

Definisi : bertenaga dan berkekuatan serta mampu membuat penyesuaian serta mener­bitkan pembaharuan dan kemajuan: pem­bangunan masyarakat yg lebih ~ harus mendapat perhatian yg tajam drpd orang ramai; mendinamikkan menjadikan dinamik; kedinamikan keadaan atau sifat dinamik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[di.na.mik] | ديناميک

Definisi : cabang ilmu mekanik yg berkaitan dgn daya dan hubungannya dgn gerakan jasad. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[di.na.mik] | ديناميک

Definisi : bersifat cergas; bertenaga: Kaum muda mestilah lebih ~ supaya lekas maju. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dinamik


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
DINAMIK

Dinamik, dalam fizik ialah kajian objek yang

mengubah kelajuan atau arah gerakannya

disebabkan daya yang bertindak ke atasnya.

UMUM 
DINAMIK KELOMPOK

Dinamik kelompok, merangkumi kuasa yang

mempengaruhi mana-mana kelompok manusia

dan menentukan apa yang dibuatnya. Kelompok

ini boleh jadi kelab, organisasi perniagaan, tentera,

atau malah seluruh negara.

UMUM 
KOSMOLOGI

Kosmologi, dalam bidang astronomi dan

astrofizik, ialah kajian tentang struktur, dinamik,

dan perkembangan alam semesta.

UMUM 
STRINDBERG, AUGUST

Strindberg, August (1849–1912), penulis

Sweden, ialah salah seorang tokoh utama dalam

sejarah drama moden. Eksperimennya dalam

bentuk drama, ekspresinya yang dinamik, dan

bahasanya yang menyerlah mempengaruhi

perkembangan naturalisme dan juga

ekspresionisme dalam drama. Strindberg juga

menulis novel, cerpen, esei, puisi, dan karya-karya

autobiografi.

UMUM 
POSTUR

Postur ialah kedudukan tubuh seseorang ketika

berdiri atau duduk. Postur ditentukan oleh

keupayaan seseorang mengekalkan keseimbangan

terhadap daya graviti, yang menarik tubuh secara

berterusan ke bawah. Tindakan sesetengah otot

tertentu mengekalkan tubuh supaya tegak lurus.

Otot ini termasuk otot yang menahan belakang,

pinggul dan lutut daripada bengkok.

Disebabkan oleh tindakan tolak ansur dengan

tarikan graviti dan juga tindakan otot, maka postur

ialah keadaan yang dinamik dan sentiasa berubah.

UMUM 

Kembali ke atas