DINAMIT | Dinamit ialah satu daripada bahan letupan perindustrian yang paling penting. Ia digunakan untuk meletupkan tapak empangan, dasar terusan, lombong, kuari, dan asas bangunan tinggi. Ia juga pernah digunakan untuk tujuan pemusnahan dalam peperangan. | UMUM | |
NOBEL, ALFRED BERNHARD | Nobel, Alfred Bernhard (1833–1896), ahli kimia Sweden , yang mencipta dinamit dan mengasaskan Hadiah Nobel (lihat Hadiah Nobel ). Semasa mudanya, Nobel menjalankan eksperimen menggunakan nitrogliserin di kilang bapanya. Dia berharap untuk menjadikan bahan berbahaya ini sebagai bahan letupan yang selamat dan berguna. Nobel menyediakan bahan letupan nitrogliserin, tetapi banyak kemalangan berlaku apabila bahan ini dipasarkan yang menyebabkan Nobel menjadi musuh awam selama beberapa tahun lamanya. | UMUM | |
NITROGLISERIN | Nitrogliserin, juga dinamakan nitrogliserol, ialah bahan letupan yang sangat kuat. Formula kimianya ialah C 3 H 5 (ONO 2 ) 3 . Ia adalah bahan letupan utama dalam dinamit. Nitrogliserin tulen ialah cecair yang berat, berminyak yang jernih seperti air. Tetapi keluaran komersial biasanya berwarna kuning pucat. Apabila nitrogliserin meletup, ia mengembang untuk membentuk gas yang memenuhi 3000 kali lebih banyak ruang daripada cecair. Letupan nitrogliserin kira-kira tiga kali ganda sekuat letupan serbuk letupan dalam amaun yang sama, dan kelajuan letupan adalah 25 kali secepat kelajuan serbuk letupan. | UMUM | |