Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[di.nas.ti] | دينستي

Definisi : 1. jurai raja-raja pemerintah yg berasal drpd satu keturunan (keluarga): mengikut suatu rekod drpd ~ Ming, Laksamana Yin Ching mengunjungi Melaka dlm tahun 1403; 2. tempoh sesebuah negeri diperintah oleh raja-raja yg berasal drpd satu keturunan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[di.nas.ti] | دينستي

Definisi : jurai keturunan raja-raja (pemerintah) dr keturunan atau dr keluarga yg sama; wangsa: ~ Ming. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dinasti


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
DINASTI SHANG

Dinasti Shang merupakan dinasti (keluarga

pemerintah) China terawal yang diketahui. Dinasti

ini memerintah dari tahun 1766 SM hingga kira-kira

1122 SM.

UMUM 
DINASTI ZHOU

Dinasti Zhou, juga dieja Chou, ialah dinasti

China (pemerintah berkeluarga) yang memerintah

kira-kira dari tahun 1122 SM hingga tahun 256

SM. Dinasti ini yang paling lama memerintah di

China.

UMUM 
DINASTI MING

Dinasti Ming memerintah China dari tahun 1368

hingga tahun 1644, suatu tempoh pemerintahan

China antara dua penaklukan asing. Empayar

Mongol ialah pemerintah China sebelum Dinasti

Ming, manakala dinasti Manchu memerintah

China selepas dinasti Ming.

UMUM 
MUHAMMAD BIN TUGHLUQ

Muhammad bin Tughluq (1290–1351)

merupakan sultan kedua Dinasti Tughluq. Dinasti

itu memerintah hampir keseluruhan subbenua

India tetapi pemerintahannya tidak lama. Baginda

diputerakan di Delhi. Baginda menunjukkan

kepandaian semasa masih kecil, dan menunjukkan

dirinya bakal menjadi pahlawan. Baginda

membesar menjadi orang yang beradab, toleran

dan berwawasan, namun boleh bertindak kejam.

UMUM 
DINASTI SUI

Dinasti Sui ialah dinasti China (keluarga

pemerintah) yang memerintah dari tahun 581 M

hingga tahun 618 M.

UMUM 
DINASTI QIN

Dinasti Qin juga dieja Ch’in, ialah dinasti

(keluarga raja-raja) China yang memerintah dari

tahun 221 SM hingga tahun 206 SM.

UMUM 
DINASTI ANTIGON

Dinasti Antigon ialah nama jurai raja-raja yang

memerintah Macedonia, sebuah negara beraja

di utara Yunani. Pemerintahan dinasti Antigon

bermula pada tahun 294 SM hingga pada tahun

168 SM.

UMUM 
DINASTI TANG

Dinasti Tang ialah satu siri pemerintah yang

memerintah China dari tahun 618 hingga 907 M.

Kebanyakan ahli sejarah menganggap zaman

dinasti ini ialah zaman keemasan bagi tamadun

China.

UMUM 
DINASTI YUAN

Dinasti Yuan lihat China (Pemerintahan Mongol,

peta).

UMUM 
DINASTI SONG

Dinasti Song juga dieja Sung, memerintah

negeri China dari tahun 960 hingga tahun 1279.

UMUM 
123456

Kembali ke atas