| PERANG DINGIN | Perang Dingin ialah istilah yang digunakan bagi memerihalkan persaingan hebat yang tercetus selepas Perang Dunia II pada tahun 1945 antara kumpulan negara komunis dengan negara bukan komunis. Pada satu pihak terdapat Kesatuan Republik Sosialis Soviet (K.R.S.S.) dengan sekutu komunisnya yang sering dirujuk sebagai Blok Timur . Di sebelah pihak yang lain pula ialah Amerika Syarikat dengan sekutu demokrasinya yang biasanya dirujuk sebagai Blok Barat . Pergelutan kuasa tersebut dinamakan Perang Dingin kerana ia tidak membawa kepada peperangan sebenar atau perang “panas” pada skala yang luas. | UMUM | |
| TIMUR | Timur , dalam hubungan antarabangsa. Lihat Perang Dingin. | UMUM | |
| ANGIN UTARA | Angin utara ialah angin musim sejuk yang dingin yang bertiup di selatan Amerika Syarikat dan Teluk Mexico, memusnahkan tanaman dan kapal. | UMUM | |
| SMELT | Smelt ialah satu famili ikan berwarna keperakan yang didapati di perairan dingin di Hemisfera Utara. Terdapat 10 spesies. Kebanyakannya kurang daripada 20 sentimeter panjangnya. Seperti trout dan salmon, smelt mempunyai satu sirip kecil, berisi di belakang sirip dorsal di bahagian belakangnya. | UMUM | |
| AKONIT | Akonit ialah nama sekumpulan tumbuhan yang menarik yang tergolong dalam famili butterkup . Akonit tumbuh subur di kawasan utara yang dingin. Terdapat lebih kurang 100 spesies. | UMUM | |
| PERIHELION | Perihelion ialah kedudukan sesebuah planet atau komet semasa ia berada paling hampir dengan matahari. Di Hemisfera Utara, bumi berada paling dekat dengan matahari pada pertengahan musim dingin. | UMUM | |
| KEKKONEN, URHO KALEVA | Kekkonen, Urho Kaleva (1900–1986), menjadi presiden Finland dari tahun 1956 hingga tahun 1981. Ramai yang percaya bahawa dasar yang dijalankannya telah menyelamatkan Finland daripada menjadi sebuah negara Komunis. Kekkonen menekankan pengecualian dalam Perang Dingin dan bekerjasama dengan kedua-dua pihak, iaitu Kesatuan Soviet dan pihak Barat. Di bawah pemerintahannya, Finland menjadi ahli bersekutu kepada European Free Trade Association (EFTA) atau Pertubuhan Perdagangan Bebas Eropah. Finland juga terlibat dalam persidangan keselamatan Eropah yang dapat menjamin mengurangkan tekanan di kalangan orang Eropah. | UMUM | |
| SIBELIUS, JEAN | Sibelius, Jean (1865–1957) ialah penggubah Finland. Karyanya yang paling penting ialah tujuh simfoni dan beberapa puisi simfoni untuk orkestra. Sibelius melandaskan kebanyakan daripada puisi simfoninya pada puisi epik kebangsaan Finland, Kalevala . Gubahan ini menyatakan tanggapan Sibelius terhadap hutan, tasik, musim panas yang dingin, dan musim sejuk yang bersalji di Finland. | UMUM | |
| ALIR LINTANG | Alir lintang, satu proses apabila udara yang panas dan lembap bergerak ke atas suatu permukaan yang dingin dan menyebabkan udara tersebut kehilangan haba. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Proses/Tindak Balas |