Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[di.ni] | ديني

Definisi : ; rotan ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), Flagellaria indica. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[di.ni] | ديني

Definisi : pagi sekali; sangat awal pagi; ~ hari waktu ketika fajar belum menyingsing (+ pukul 3–5 pagi): Sudah hampir ~ hari tetapi matanya belum juga mahu tidur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dini


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
NH. DININH.DINI (1939 -   ), penulis Indonesia. Dia lahir pada 29 Februari 1936) di Semarang, Jawa Tengah, Indonesia. Nama sebenarnya ialah Nurhayati Sri Hardini. Dia mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Atas (SMA) dalam jurusan sastera di Semarang pada tahun 1956. Dia juga pernah mengikuti kursus jurusan Sejarah pada tahun 1957. Setelah mengikuti kursus pramugari Garuda Indonesia Airline (GIA), dia bekerja sebagai pramugari darat di Lapangan Terbang Kemayoran, Jakarta dari tahun 1957 hingga tahun 1960.

 

SASTERATokoh
PADA SEBUAH KAPAL

PADA SEBUAH KAPAL, novel karya Nh. Dini. Novel ini diterbitkan oleh Pustaka Jaya di Jakarta pada tahun 1973. Pada Sebuah Kapal merupakan karya semi-autobiografi. Banyak peristiwa yang terjadi dalam kehidupan Nh. Dini, seperti perkahwinannya dengan seorang diplomat Perancis dan ketidaksesuaian pasangan suami isteri dipaparkan dalam novel ini. Para pengkritik pula menganggap novel ini sebagai karya yang bermutu.

SASTERAPenerbitan

Kembali ke atas