Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dinilai


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PORSELIN

Porselin ialah sejenis seramik yang dinilai tinggi

kerana keindahan dan kekuatannya. Ia sering

dikenali sebagai china atau chinaware kerana ia

pertama kali dibuat di China. Porselin dicirikan oleh

keputihannya, rupanya yang halus, dan lut cahaya

(boleh ditembusi cahaya). Oleh kerana ia adalah

keluaran seramik yang paling keras, porselin

digunakan sebagai penebat elektrik dan

kelengkapan makmal. Walau bagaimanapun,

porselin dikenali terutamanya sebagai bahan untuk

membuat vas bermutu tinggi, barang meja dan juga

patung kecil dan barang hiasan yang lain. Jenis

porselin yang digunakan untuk tujuan ini

menghasilkan bunyi berdenting apabila dijentik.

UMUM 
OREN

Oren ialah buah-buahan sitrus yang popular

yang disukai oleh penduduk di seluruh dunia.

Buah oren dinilai kerana jusnya yang enak dan

kandungan vitaminnya yang tinggi. Buah ini

merupakan sumber vitamin C yang terbaik dan

juga mengandungi vitamin A dan beberapa

vitamin B.

UMUM 
REMPAH

Rempah ialah nama yang diberi kepada perasa

makanan yang dibuat daripada tumbuhan. Rempah

mempunyai rasa dan bau yang kuat. Sesetengah

rempah dinilai kerana rasanya, dan yang lain

kerana baunya. Manusia di seluruh dunia

menambah rasa makanan dengan rempah. Rempah

biasa termasuk lada hitam, buah pala, cengkih,

halia, allspice, mace, mustard, dan kayu manis.

UMUM 
BULION

Bulion ialah jongkong emas atau perak yang

dianggap sebagai logam atau komoditi dan bukan

sebagai wang. Istilah bulion juga dipakai kepada

emas urai dan ketul emas, ceper emas dan perak,

dan duit yang dinilai sebagai logam sahaja.

UMUM 

Kembali ke atas