DINOSAUR | Dinosaur ialah nama sejenis reptilia yang hidup berjuta-juta tahun dahulu. Perkataan dinosaur berasal daripada dua perkataan Yunani yang bermakna cicak yang dahsyat. Tetapi, dinosaur bukan cicak. Malah, saiz sesetengah dinosaur adalah menakutkan. Dinosaur yang paling besar ialah haiwan yang paling besar pernah hidup di darat. Beratnya lebih daripada 10 kali ganda berat gajah dewasa. Hanya beberapa jenis paus membesar lebih daripada dinosaur ini. | UMUM | |
DIPLODOCUS | Diplodocus ialah dinosaur pemakan tumbuhan yang benar-benar panjang dan lampai, yang hidup 150 juta tahun dahulu, di kawasan yang kini adalah di barat Amerika Syarikat. Ia tergolong dalam kumpulan dinosaur raksasa pemakan daun, yang dikenali sebagai sauropod. | UMUM | |
ANKYLOSAURUS | Ankylosaurus ialah dinosaur berkulit keras yang amat besar yang hidup antara 68 juta tahun dengan 65 juta tahun dahulu, di barat Amerika Utara kini. Nama ankylosaurus , bermakna cicak bercantum , dan menggambarkan kulit kerasnya, yang terdiri daripada kepingan bertulang yang bercantum atau tumbuh bersama. Kulit keras ini melindungi semua bahagian tubuhnya yang terdedah, termasuk kepala, belakang dan ekor. | UMUM | |
ALLOSAURUS | Allosaurus ialah dinosaur besar karnivor yang hidup lebih kurang 150 juta tahun dahulu. Allosaurus hidup di bahagian barat Amerika Syarikat. Haiwan ini membesar sehingga lebih kurang 11 meter panjang, berdiri lebih kurang dua meter tinggi pada bahagian pinggul, dan beratnya lebih kurang 1.8 tan metrik. | UMUM | |
TIRANNOSAURUS | Tirannosaurus atau tyrannosaurus ialah dinosaur pemakan daging yang besar, yang hidup kira-kira 68 hingga 65 juta tahun dahulu di tempat yang kini adalah barat Amerika Utara. Nama Tirannosaurus dalam bahasa Inggeris bermakna cicak kejam. Tyran ialah pemerintah yang kejam, berkuasa. Tirannosaurus mendapat namanya kerana ahli sains menyangka bahawa haiwan besar demikian tentunya menguasai semua haiwan lain, membunuh mengikut kehendaknya. Nama saintifik bagi spesies ini ialah Tirannosaurus rex . | UMUM | |
ARCHAEOPTERYX | Archaeopteryx ialah nama genus (kumpulan) haiwan berbulu yang hidup lebih kurang 140 juta tahun dahulu, pada akhir Zaman Jurassic. Haiwan sebesar gagak ini mempunyai rangka bak reptilia yang hampir menyerupai rangka dinosaur kecil. Walau bagaimanapun, ia juga mempunyai bulu yang elok tumbuhnya dan sayap bak burung. Akibatnya, kebanyakan ahli sains mengelaskan Archaeopteryx sebagai burung. Fosil Archaeopteryx yang pertama telah dijumpai pada tahun 1860-an dalam pembentukan Batu Kapur Solenhofen di Bavaria, sebuah negeri di Jerman. Ia memberikan bukti bahawa burung adalah dari keturunan reptilia. | UMUM | |