RESIN SINTETIK | Resin sintetik ialah salah satu daripada sebatian kimia yang termasuk dalam kumpulan sebatian kimia yang besar yang termasuk juga plastik biasa yang kita guna. Resin ini boleh diolah untuk menjadi gentian atau filem, dibentuk dalam acuan untuk dijadikan berbagai-bagai bentuk, umpamanya dari sekeping sikat kecil yang boleh dimasukkan ke dalam saku sehingga ke bamper kereta. Pengilang menggunakan sebatian ini dalam pembuatan cat dan perekat dan juga sebagai salutan pada kain, kertas dan logam. | UMUM | |
ARMITAGE, KENNETH | Armitage, Kenneth (1916–2002) ialah pengukir Inggeris yang mendalami bidang figura separa abstrak yang diperbuat daripada gangsa. Banyak figura ini dibahagikan kepada kumpulan tertentu mengikut gaya pakaian yang telah diolah. | UMUM | |
RAYON | Rayon ialah sejenis serat yang dibuat di kilang. Serat rayon ini diperbuat daripada kayu atau kapas. Ia digunakan dengan meluas dalam pembuatan bahan industri serta tekstil anyaman dan tenunan untuk pakaian dan perhiasan fabrik. Sesetengah fabrik yang diperbuat daripada rayon diolah khas supaya kalis haba dan digunakan dalam bahagian tertentu pesawat angkasa lepas. | UMUM | |
DRAMA PENTAS | DRAMA PENTAS, drama yang dilakonkan di atas pentas. Drama pentas merupakan persembahan drama yang diolah secara langsung di hadapan penonton. Lakonan watak dibantu oleh visual tata hias seperti set dan prop, penataan cahaya, sokongan latar muzik dan bunyi, serta tatarias seperti kostum, mekap, barang kemas dan lain-lain. | BUDAYA | Drama/Filem/Teater/Persembahan |
BANGSAWAN | BANGSAWAN, satu bentuk seni pentas dan teater gaya opera Malaysia dan Indonesia. Bangsawan menggunakan dialog dan pada sikuan-sikuan tertentu diolah secara lagu atau puisi, dengan gaya berlakon yang menonjolkan gerak-geri. Kesan keseluruhan teater ini berunsurkan melodrama. | BUDAYA | Drama/Filem/Teater/Persembahan |
ALIRAN PELBAGAI FASA | Misalnya dalam proses pengeluaran gas, walaupun nisbah gas terhadap cecair adalah tinggi, kewujudan cecair walaupun sedikit, boleh memberi kesan yang tinggi kepada fenomena aliran di dalam paip. Dalam industri kimia pula, aliran pelbagai fasa yang terdapat di dalam peranti yang menjana stim dan sistem paip di dalam reaktor nuklear juga mengalami proses pemindahan haba. Keadaan ini menyulitkan lagi analisisnya. Haba yang diterima akan mengubah pecahan gas dan cecair dalam aliran pelbagai fasa tersebut. Dengan pemanasan, komposisi bendalir akan terus berubah. Pengaruh pemindahan haba terhadap aliran pelbagai fasa juga boleh menyebabkan sebahagian bendalir membeku. Masalah aliran pelbagai fasa amat kompleks keadaannya. Banyak pengetahuan banyak persamaan korelasi yang telah diolah....rujuk Ensiklopedia Sains dan Teknologi | KEJURUTERAAN | Konsep |