Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Adakah anda bermaksud : dwipaksa

Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dipaksa

Peribahasa

Berat beban yang sedikit dek hati sakit.

Bermaksud :

Kerja yang dipaksa biar berapa ringan sekalipun akan terasa berat juga.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ARABANOO

Arabanoo ( ? –1789), orang Asli dari Port Jackson

(Sydney Harbour), Australia, yang telah dipaksa

oleh Arthur Phillip, gabenor New South Wales

untuk menyertai petempatan British yang pertama

di Sydney Cove. Dia telah dikurung di rumah

Phillip dari Disember 1788 sehingga dia meninggal

dunia pada bulan Mei 1789. Phillip berharap dapat

menggunakan Arabanoo sebagai jurubahasanya.

Arabanoo meninggal dunia semasa wabak cacar

yang membunuh ramai Orang Asli tetapi tidak

menjejaskan peneroka British. Pada bulan

November 1789, Phillip cuba menggantikan

Arabanoo dengan menangkap dua Orang Asli lain,

iaitu Colbee dan Bennelong.

UMUM 
SUTTEE

Suttee merupakan adat Hindu yang lazim

diamalkan di India. Perkataan suttee berasal

daripada perkataan Sanskrit sati, yang bermakna

isteri setia. Mengikut amalan ini, apabila seorang

suami meninggal dunia, balunya merelakan dirinya

atau dipaksa untuk mati. Biasanya dia dibakar

bersama mayat suaminya atau bersama barang-barang

pakaian suaminya.

UMUM 
TANTALUS

Tantalus ialah raja Lydia dalam mitos Yunani.

Baginda adalah putera kepada Zeus dan dewi Pluto.

Tantalus dihukum kerana membunuh puteranya

Pelops dan mempersembahkannya kepada dewa-dewa

sebagai makanan. Pelops kemudiannya telah

dihidupkan semula. Di Hades, dunia orang yang

telah mati, Tantalus dipaksa berdiri di bawah batu-batu

yang bergantungan dengan dirinya terendam

di dalam air hingga ke paras dagunya. Apabila

baginda cuba minum, air itu akan hilang. Terdapat

buah-buahan bergantungan dari dahan yang berada

di atasnya. Tetapi apabila baginda cuba

memakannya, angin kuat akan meniup dahan itu

hingga baginda tidak dapat mencapainya. Dalam

bahasa Inggeris, perkataan tantalize yang bermakna

mengusik atau menyeksa, diambil daripada nama

Tantalus.

UMUM 
ABERDEEN, EARL OF

Aberdeen, Earl of 1784–1860) ialah Perdana

Menteri United Kingdom ketika Perang Krimea

tercetus pada tahun 1854. Pada bulan-bulan awal

perang, orang ramai terkejut apabila mengetahui

bahawa negara mereka tidak bersedia untuk

berperang dan pemimpin tenteranya kelihatan tidak

cekap. Aberdeen dipaksa meletakkan jawatan awal

pada tahun 1855 kerana reaksi awam terhadap

berita itu.

UMUM 
ORANG HELVETIA

Orang Helvetia ialah ahli suku kaum yang pernah

tinggal di satu tempat yang terletak di barat daya

Switzerland kini. Suku kaum Jermanik mengancam

orang Helvetia, dan sejumlah 263 000 orang Helvetia

cuba berpindah ke wilayah Rom di Gaul pada tahun

58 S.M. Tentera Julius Caesar membunuh ramai

orang Helvetia, dan mereka yang terselamat dipaksa

pulang. Semasa di bawah pemerintahan Maharaja

Augustus antara tahun 27 S.M. hingga tahun 14 M.,

kerajaan Rom menawan seluruh Switzerland.

Orang Helvetia pula mula menerima pakai adat

Rom dan bahasa Latin. Kadang-kadang

penduduk di barat Switzerland yang berbahasa

Perancis merujuk kawasan mereka sebagai

Helvetia.

UMUM 
SAINT HELENA

Saint Helena ialah pulau di Lautan Atlantik yang

terletak kira-kira 1930 kilometer dari barat daya

pantai Afrika dan 1100 kilometer dari tenggara

Pulau Ascension, iaitu tanah daratan yang terdekat

(lihat Lautan Atlantik [peta]). Pulau ini berada di

bawah pemerintahan United Kingdom dalam

Negara Komanwel. St. Helena terkenal kerana

Napoleon Bonarparte telah dipaksa tinggal di situ

dari tahun 1815 sehingga dia meninggal dunia

pada tahun 1821 (lihat Napoleon I ).

UMUM 
AUSCHWITZ

Auschwitz ialah pusat buruh paksa dan

penghapusan yang dilakukan oleh Nazi Jerman

semasa Perang Dunia II (1939–1945). Lebih kurang

satu juta orang mati di Auschwitz dari bulan

September 1941 hingga bulan Januari 1945. Nazi

menggunakan bilik gas dan cara lain untuk

membunuh hampir kesemua mangsa. Manakala

buruh paksa yang lain mati kerana kebuluran atau

penyakit, dan sebahagian yang lain pula dipaksa

berkerja di kilang-kilang berhampiran hingga

mereka mati. Kebanyakan mangsa di Auschwitz

ialah orang Yahudi. Nazi membunuh mereka

sebagai sebahagian daripada rancangan mereka

untuk membunuh semua orang Yahudi di Eropah.

Auschwitz terletak di Poland, berhampiran

sebuah tempat yang kini dikenali sebagai

Oswiecim. Pusat ini terdiri daripada tiga buah kem

tahanan, dibina antara tahun 1940 hingga tahun

1942. Kini, Auschwitz ialah sebuah muzium dan

arkib yang dikekalkan oleh kerajaan Poland.

UMUM 
STEPHEN

Stephen (1097?–1154) ialah Raja Inggeris.

Pemerintahannya penuh dengan persengketaan

sehingga digelar ‘The Anarchy’. Persengketaan

tersebut berpunca daripada perebutan takhta.

Stephen ialah putera Adela. Adela ialah puteri

William Si Penakluk. Pihak lain yang berhak ke atas

takhta diraja itu ialah Matilda, puteri Henry I. Henry

telah memujuk baronnya untuk mengangkat

sumpah taat setia kepada Matilda sebelum

kematiannya pada tahun 1135. Pada tahun 1153,

Stephen akhirnya dipaksa untuk mengiktiraf putera

Matilda sebagai pewaris takhtanya, iaitu Henry II

yang menjadi Raja Plantagenet pertama (lihat

Plantagenet).

UMUM 
AUCHINLECK, SIR CLAUDE JOHN EYRE

Auchinleck, Sir Claude John Eyre (1884–

1981), marsyal medan perang British yang

bertugas di Mesir dan Mesopotamia dalam

Perang Dunia I (1914–1918). Dalam Perang Dunia

II (1939–1945), dia menjadi ketua komander

untuk kuasa Berikat di India pada tahun 1941

dan sekali lagi pada tahun 1943 hingga tahun

1947. Dia meghadapi cabaran paling hebat

dalam kariernya sewaktu bertugas sebagai ketua

komander di Timur Tengah (1941–1942). Tentera

kelapan pimpinannya kekurangan tenaga dan

senjata. Namun, Auchinleck tetap mara

menentang kuasa Paksi dan dipaksa berundur.

Dia mengumpulkan semua tenteranya di

belakang El Alamein tetapi telah ditarik jawatan

komandernya sebelum dia sempat bertindak.

Dia lahir di Aldershot, Hampshire, England.

UMUM 
DAENG MENAMBON

DAENG MENAMBON (? - ?), Raja Mempawah (Kalimantan Barat), putera Opu Tendribureng Daeng Rilaka yang kedua. Daeng Rilaka ialah sepupu Raja Bone (Arumpone), di Sulawesi Barat Daya. Daeng Rilaka berangkat dari Sulawesi dan mengembara ke tanah barat pada akhir abad ke-17. Pada waktu itu, Sultan Muhammad Zainuddin Raja Matan (daerah di pantai Kalimantan Barat), dipaksa oleh adiknya meninggalkan kerajaannya. Sultan Muhammad Zainuddin meminta bantuan putera Daeng Rilaka, Raja Bugis berlima saudara.

 

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
12

Kembali ke atas