Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dipancarkan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SINAR KATOD

Sinar katod ialah nama sinaran tak boleh

nampak yang dipancarkan dari elektrod negatif

(katod) tiub Crookes (lihat Tiub Crookes). Sinar

ini boleh dihasilkan dengan menyambungkan

elektrod kepada sumber voltan tinggi tenaga

elektrik. Sinar katod menyebabkan pendarfluor

berwarna hijau kekuningan terbentuk apabila

terkena salutan pada kaca tiub. Biasanya, salutan

ini adalah zink sulfida. Bayang-bayang yang

jelas terhasil dalam pendarfluor di hujung tiub

apabila plat logam diletakkan dalam laluan sinar

ini. Tiub sinar katod digunakan dalam peti

televisyen, paparan radar dan banyak alat

saintifik.

UMUM 
ANJAKAN MERAH

Anjakan merah ialah anjakan jarak gelombang

cahaya yang dipancarkan oleh objek kosmos ke

arah jarak gelombang yang lebih panjang (merah)

pada spektrum objek tersebut.

UMUM 
PULSAR

Pulsar ialah objek di angkasa yang menghantar

letusan sinaran elektromagnet secara tetap,

terutamanya dalam bentuk gelombang radio.

Pulsar mendapat namanya daripada dedenyut yang

dipancarkan secara tetap ini.

UMUM 
MIOPIA

Miopia juga dikenali sebagai rabun jauh ialah

kecacatan penglihatan yang menyebabkan

penglihatan objek jauh yang kabur. Biasanya

penglihatan objek dekat masih jelas, kecuali untuk

kes-kes miopia yang keterlaluan. Bagi pembentukan

imej, sinaran cahaya yang dipantulkan atau

dipancarkan oleh sesuatu objek mesti bertemu di

retina. Retina ialah tisu peka cahaya yang terdapat di

belakang dan di sisi biji mata. Bagi kebanyakan

orang yang miopia, biji mata lebih panjang daripada

normal dari hadapan ke belakang. Akibatnya,

sinaran cahaya dari objek yang jauh bertemu di

depan retina. Apabila sinaran mengenai retina, imej

yang terbentuk adalah kabur.

UMUM 
ARTROSKOPI

Artroskopi ialah teknik menggunakan artroskop

untuk memeriksa sendi tubuh. Artroskop ialah alat

yang lurus bak tiub dengan satu siri lensa dan

berkas gentian optik. Diameternya dari dua hingga

lima milimeter. Ia boleh dimasukkan ke dalam

sendi melalui insisi kecil. Sendi diterangi oleh

cahaya yang dipancarkan oleh gentian optik ke

hujung artroskop. Dengan menggunakan

artroskop, doktor boleh betul-betul memeriksa

sendi seseorang pesakit dan melakukan operasi

pembedahan tertentu.

UMUM 
DWIKROISME

Dwikroisme merupakan kesan optik yang didapati berlaku pada bahan hablur tertentu, dengan dua warna yang berbeza akan kelihatan apabila bahan hablur tersebut dipancarkan dengan cahaya terkutub.

FIZIKProses/Tindak Balas

Kembali ke atas