TEKANAN RERAMBUT | Perbezaan tekanan yang wujud pada antara dua muka yang memisahkan dua bendalir yang tak bercampur dengan salah satu daripada bendalir tersebut lebih memilih untuk membasahkan pepejal. Fasa bendalir yang membasahi permukaan pepejal dipanggil fasa membasah manakala fasa bendalir yang tidak membasahi permukaan pepejal dipanggil fasa tak mem-basah. Bagi seorang saintis, tekanan rerambut biasanya dinyatakan sebagai tekanan dalam fasa tak membasah tolak tekanan dalam fasa membasah. Tekanan rerambut dalam sistem air-minyak ialah tekanan dalam fasa minyak (Po) tolak tekanan dalam fasa air (Pw), iaitu Pc = Po – Pw. Dalam sistem gas-air pula, tekanan rerambut ialah tekanan dalam fasa gas (Pg) tolak tekanan dalam fasa air, iaitu Pc = Pg – Pw. Unit yang biasa digunakan bagi tekanan rerambut ialah mN/m2. | KEJURUTERAAN | Proses/Tindak Balas |
SUKAN LAWAN LEMBU | Sukan lawan lembu ialah pertandingan antara manusia yang dipanggil matador dengan lembu. Sukan lawan lembu ini popular di negara yang bertutur bahasa Sepanyol, di Portugal dan di Perancis Selatan. Di negara tersebut seperti Sepanyol dan Mexico, matador adalah wira negara. | UMUM | |
ASID PRUSIK | Asid prusik juga dikenali sebagai asid hidrosianik . Asid prusik dipanggil asid prusik kerana diperoleh daripada Prussia biru. Asid prusik tulen ialah cecair yang tidak mempunyai warna. Ia mempunyai takat didih yang rendah dan cepat sejat pada suhu bilik. Asid ini berbau lembut menyerupai bau badam pahit. Ia mengganggu keupayaan tubuh dalam penggunaan oksigen dan merupakan salah satu bahan yang paling beracun pernah diketahui. Gas asid hidrosianik digunakan untuk menghukum penjenayah-penjenayah yang dijatuhi hukuman mati. Gas ini dihasilkan apabila ketulan sodium atau kalium sianida dimasukkan ke dalam asid sulfurik. Asid hidrosianik juga digunakan untuk mengawal serangga sisik pada pokok oren. Formula kimia bagi asid ini ialah HCN. | UMUM | |
MONSIGNOR | Monsignor ialah gelaran kehormat yang diberikan kepada golongan paderi dari Gereja Roman Katolik. Perkataan ini berasal daripada perkataan Itali monsignore yang bermakna My Lord dan dipendekkan sebagai Msgr. Kardinal tidak dipanggil Monsignor tetapi orang tua-tua (patriarch), ketua biskop, biskop dan orang yang terlibat dengan keluarga paus, diberi gelaran ini. Pada kebiasaannya, biskop dan ketua biskop dipanggil Tuan Yang Terutama atau “Your Excellency” walaupun kadang-kadang ketua biskop boleh juga dipanggil “Your Grace”. | UMUM | |
KUTUB | Kutub. Bumi sentiasa berputar mengikut garis khayalannya yang dipanggil paksi. Paksi akan bergerak melalui bahagian tengah bumi dan berakhir di salah satu kutub. Paksi di hujung utara merupakan Kutub Utara iaitu 90 darjah utara khatulistiwa. Manakala Kutub Selatan ialah di selatan hujung paksi iaitu 90 darjah selatan khatulistiwa. | UMUM | |
AUSTIN, STEPHEN FULLER | Austin, Stephen Fuller (1793–1836) merupakan penjajah Amerika. Pada tahun 1820-an, dia memulakan koloni Amerika yang pertama, sekarang ini dipanggil Texas. Kawasan ini adalah sebahagian daripada Mexico pada waktu itu. | UMUM | |
MAJUSI | Majusi ialah anggota keturunan kelas paderi dari Media, kerajaan purba yang terletak di kawasan yang kini dikenali sebagai utara Iran. Seseorang anggota kelas tersebut dipanggil Magus. Majusi dikenali sebagai pengamal magis, pentafsir mimpi dan petanda sesuatu kejadian serta mempersembahkan korban astrologi. | UMUM | |
SIMPSON, BOBBY | Simpson, Bobby (1936– ) ialah pemain kriket Australia, menjadi kapten pasukan Australia dalam 39 ujian. Dia mula mengetuai Australia pada tahun 1963. Simpson bersara pada tahun 1968 tetapi dipanggil semula bagi mengetuai Australia melawan India pada tahun 1978 pada umur 42 tahun. Dia bermain dalam 62 ujian dan memungut mata larian 4869 pada purata 46.81. Simpson seorang pelontar, pemain pertahanan, dan pemukul yang cekap. Dia membuat 71 wiket pada purata 42.26 dan menangkap 110 pukulan. Robert Baddeley Simpson lahir di Sydney. | UMUM | |
MERIDIAN | Meridian ialah garisan yang dilukis di atas glob dunia dari kutub utara ke kutub selatan. Setiap garisan mengelilingi separuh glob dan bersambung dengan garisan yang satu lagi pada kedua-dua kutub. Garisan ini dipanggil meridian. Dua garisan meridian bersambung pada kedua-dua kutub membentuk edaran meridian. Garisan meridian digunakan untuk mengukur longitud, iaitu jarak timur atau barat daripada garisan yang melalui Greenwich, England. | UMUM | |
NASIONALISME | Nasionalisme ialah perasaan kekitaan rakyat sebagai sebuah bangsa. Nasionalisme termasuk perasaan setia kepada bangsa dan bangga dengan kebudayaan dan sejarahnya. Dalam politik, nasionalisme dikaitkan dengan kepercayaan bahawa kerajaan harus dibentuk berdasarkan sekumpulan rakyat yang dipanggil bangsa. Para nasionalis secara umumnya percaya bahawa setiap kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebuah bangsa harus mempunyai sebuah negara. Parti- parti politik nasionalis atau kebangsaan secara umumnya menekankan hak kebangsaan mereka untuk merdeka – iaitu “hak untuk menentukan kehidupan sendiri”. | UMUM | |