| ORANG KURDISTAN | Orang Kurdistan ialah kaum yang mendiami kawasan pergunungan di barat daya Asia. Tanah air mereka tersebar luas merangkumi sebahagian daripada kawasan di Armenia, Iran, Iraq, Syria, dan Turki. Bilangan orang Kurdistan di kawasan ini tidak dapat dipastikan, tetapi dianggarkan berjumlah kira-kira 20 juta orang. Sebahagian besar orang Kurdistan ialah pengikut Sunni. Mereka bertutur bahasa Kurdistan, iaitu sejenis bahasa Indo-Eropah yang berkait rapat dengan bahasa Parsi. | UMUM | |
| ABANG | ABANG, gelaran bagi golongan orang berbangsa atau bangsawan tradisional di kalangan masyarakat Melayu Sarawak. Tidak dapat dipastikan dengan tepat atau bila gelaran ini bermula. | BUDAYA | Konsep |
| AGAMA HINDU | Agama Hindu, antara agama tertua di dunia dan tidak mempunyai pengasas. Tarikh kemunculan agama ini juga tidak dapat dipastikan. | AGAMA | Agama/Fahaman/Aliran/Ideologi |
| MILTON, JOHN | Milton, John (1608–1674) ialah penyair dan penulis bahan berunsur politik Inggeris. Dia ialah pengarang Paradise Lost (diterbitkan pada tahun 1667, edisi semakan 1674), yang dianggap ramai sebagai puisi epik agung dalam bahasa Inggeris. Dia juga menulis Paradise Regained (1671) dan Samson Agonistes (1671). Milton mengarang dua buku yang pertama ini dan mungkin juga yang terakhir, apabila dia menjadi buta sepenuhnya. Tarikh karya Samson Agonistes tidak dapat dipastikan. | UMUM | |
| MAKTAB MELAYU JOHOR BAHRU | MAKTAB MELAYU JOHOR BAHRU, pusat latihan guru. Tarikh penubuhan maktab ini tidak dapat dipastikan, tetapi pada tahun 1919, maktab ini telah pun beroperasi dengan melatih seramai 10 orang guru pelatih. Rancangan untuk melatih guru dan membina bangunan baharu turut dicadangkan. Bagaimanapun hanya pada tahun 1926, maktab ini mendapat bangunan khas di hadapan Selat Tebrau, yang kini dikenal sebagai English College, Johor Bahru. Maktab Melayu Johor Bahru sebelum itu terletak di Jalan Ayer Molek, Johor Bahru. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
| TARIAN NGAJAT | TARIAN NGAJAT, tarian suku kaum Iban, Kenyah, Kayang, Bidayuh dan Orang Ulu di Sarawak. Tidak dapat dipastikan asal usul tarian ini. Walau bagaimanapun, ngajat dikatakan berkembang di rantau ini pada sekitar abad ke-16. Pada zaman dahulu, ngajat lazimnya ditarikan oleh kaum lelaki sahaja atau, sekiranya perempuan, perempuan sahaja yang menari. Tidak pernah dilakukan penari lelaki berpasangan dengan penari perempuan dalam sesuatu persembahan. Kini, sesuai dengan peredaran masa, ngajat telah diubahsuai dan boleh ditarikan secara berpasangan, lelaki dan perempuan. | BUDAYA | Drama/Filem/Teater/Persembahan |
| JIKEIDAN | JIKEIDAN, pasukan pertahanan awam yang ditubuhkan oleh Pentadbiran Tentera Jepun. Pasukan ini ditubuhkan pada awal tahun 1942. Jikeidan ditubuhkan di semua negeri Tanah Melayu. Jumlah Jikeidan dan bilangan ahlinya tidak dapat dipastikan. Mengikut satu anggaran, di Singapura sahaja pada tahun 1943, terdapat sekitar 80 000 orang yang menjadi anggota Jikeidan dan mereka dipecahkan kepada 55 bahagian. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
| POCAHONTAS | Pocahontas (1595?–1617?) ialah anak perempuan ketua Orang Asli Amerika, Powhatan. Dia bekerja untuk mengekalkan persahabatan antara Orang Asli Amerika dengan penjajah Inggeris yang awal di Amerika. Kapten John Smith, pemimpin peneroka di Jamestown, Virginia mendakwa bahawa Pocahontas pernah menyelamatkan nyawanya. Smith menulis dalam bukunya The Generall Historie of Virginia, New England, and the Summer Isles (1624) bahawa Powhatan ingin membunuhnya dengan belantan batu. Smith mendakwa bahawa Pocahontas telah meletakkan kepalanya pada Smith dan merayu pada ayahnya supaya tidak membunuh Smith. Tetapi cerita ini tidak dapat dipastikan kebenarannya kerana buku-buku terawal Smith gagal menjelaskan punca kejadian ini. | UMUM | |
| SEMELAI | SEMELAI, suku kaum Orang Asli daripada rumpun bangsa Melayu-Proto. Masyarakat ini terdapat di bahagian selatan negeri Pahang dan utara Negeri Sembilan. Orang Semelai merupakan suku kaum yang ketiga besar dalam rumpun Melayu-Proto selepas Temuan dan Jakun. Kedatangan orang Semelai ke negara ini tidak dapat dipastikan dengan tepat. Ramai orang Semelai percaya bahawa nenek moyang mereka berasal dari Sumatera. | BUDAYA | Bangsa/Suku/Kaum |
| SYEIKH DAUD ABDULLAH AL-FATANI | SYEIKH DAUD ABDULLAH AL-FATANI ( ? – 1847), penulis dan ulama Patani, Thailand. Nama penuhnya ialah Syeikh Wan Daud bin Abdullah bin Idris al-Fatani. Beliau lahir di Kersik, Patani. Ada pendapat yang mengatakan beliau lahir di Bendang Gucir, Patani atau Parit Marhum, Patani. Tarikh lahirnya juga tidak dapat dipastikan sama ada pada tahun 1721 atau 1742 atau 1769. Datuknya, Wan Idris digelar dengan Senik atau Tuk Wan Derasid dan berketurunan Raja Campa. Ayah Tuk Wan Derasid bernama Wan Abu Bakar bin Tuk Kaya Pandak bin Andi/Faqih Ali Datuk Maharajalela bin Mustafa Datuk Jambu/Sultan Abdul Hamid Syah ibni Sultan Muzaffar Waliullah ibni Sultan Abdullah `Umdatuddin (Wan Abu atau Wan Bo Teri Teri atau Maulana Israil (Raja Campa 1471). Ibu Syeikh Daud bernama Fatimah anak Wan Salamah binti Tuk Banda Wan Su bin Tuk Kaya Rakna Diraja bin Andi/Faqih Ali Datuk Maharajalela; di sinilah bertemunya nasab ayah dan nasab ibu Syeikh Daud. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |