GERAKAN ISLAH AWAL DI ASIA TENGGARA | GERAKAN ISLAH DI ASIA TENGGARA, gerakan pembaharuan Islam yang dipelopori oleh beberapa orang tokoh ulama yang memperjuangkan mazhab Syafie. Gerakan ini cuba menghapuskan aliran tradisional mazhabiyah, iaitu golongan yang berpegang kepada empat mazhab iaitu Mazhab Hanafi, Hambali, Maliki dan Syafie. Para pendukung gerakan ini digelar sebagai Kaum Muda oleh golongan tradisional, manakala golongan tradisional pula menggelar diri mereka sebagai Kaum Tua. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
SEMINAR DAN KONGRES BAHASA INDONESIA | SEMINAR DAN KONGRES BAHASA INDONESIA, pertemuan kebahasaan di Indonesia. Pertemuan ini menghasilkan sejumlah keputusan garis panduan yang penting, dipelopori oleh tokoh wartawan dan Pujangga Baru yang turut mewujudkan Kongres Bahasa yang pertama di Surakarta pada tahun 1938. Kongres Bahasa yang kedua dianjurkan oleh pihak kerajaan di Medan pada tahun 1954, dan Kongres Bahasa yang ketiga hingga yang keenam dianjurkan oleh Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa di Jakarta pada tahun 1978, 1983, 1988 dan 1993. | BAHASA | Kegiatan |
GERINDO | GERINDO, parti politik Indonesia. Parti ini ditubuhkan pada bulan April 1937. Gerindo ialah singkatan Gerakan Rakyat Indonesia. Parti ini dipelopori oleh bekas anggota Parti Indonesia (Partindo) dan Parti Nasional Indonesia (PNI). Antara pemimpin awal Gerindo termasuklah Sartono, Amir Sjarifuddin, Dr. A.K. Ghani dan Mohammad Yamin. Gerindo diketuai oleh Sartono. Asas dan tujuan penubuhan parti ini adalah untuk mencapai kemerdekaan Indonesia dan bekerjasama dengan pemerintah Hindia Belanda. Asas perjuangan ini diambil kerana sikap pemerintah Hindia Belanda yang semakin kejam terhadap pergerakan nasional Indonesia. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
KOINOBORI | Koinobori ialah festival untuk kanak-kanak lelaki di Jepun. Perayaan yang diadakan pada setiap 5 Mei ini bermula pada abad ke-17 dan dipelopori oleh masyarakat di kota. | BUDAYA | Perayaan/Upacara |
KONGRES DAN SEMINAR BAHASA INDONESIA | KONGRES DAN SEMINAR BAHASA INDONESIA, pertemuan kebahasaan di Indonesia yang telah menghasilkan sejumlah keputusan dasar dan garis panduan yang penting untuk pembinaan dan pengembangan bahasa Indonesia. Pertemuan ini dipelopori oleh tokoh-tokoh wartawan dan Poedjangga Baroe yang menganjurkan Kongres bahasa yang Kedua dianjurkan oleh kerajaan Indonesia di Medan pada tahun 1954, dan Kongres Bahasa yang Ketiga hingga yang Kelima dianjurkan oleh Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa dan di Jakarta pada tahun 1978, 1983 dan 1988. | BAHASA | Bahasa |