Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dipendekkan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MONSIGNOR

Monsignor ialah gelaran kehormat yang

diberikan kepada golongan paderi dari Gereja

Roman Katolik. Perkataan ini berasal daripada

perkataan Itali monsignore yang bermakna My

Lord dan dipendekkan sebagai Msgr. Kardinal

tidak dipanggil Monsignor tetapi orang tua-tua

(patriarch), ketua biskop, biskop dan orang yang

terlibat dengan keluarga paus, diberi gelaran ini.

Pada kebiasaannya, biskop dan ketua biskop

dipanggil Tuan Yang Terutama atau “Your

Excellency” walaupun kadang-kadang ketua biskop

boleh juga dipanggil “Your Grace”.

UMUM 
KHAT ARAB

Khat Arab ialah seni penulisan kaligrafi Arab. Ia

banyak dibantu oleh keunikan struktur bahasa Arab

yang agak fleksibel, lembut, boleh dipanjangkan

dan dipendekkan, boleh dipusingkan, boleh ditulis

secara berasingan, bahkan boleh disambungkan,

digabungkan dan disusun. Keadaan sedemikian

menjadikan khat Arab sebagai satu seni yang indah

dan bersesuaian dengan sebarang perubahan

dan perkembangan. Jadi, satu hubungan yang

kuat terbentuk antara setiap jenis khat dengan

bahan yang digunakan untuk penulisannya. Khat

Arab agak lembut, sesuai dengan keindahan

dan keseniannya. Kita juga dapat melihat ia

agak kukuh dan mempunyai keseimbangan,

dengan mengambil sepenuhnya ruang yang luas

di segenap sudutnya. Kita melihat kekukuhan

dan kelembutan, sering bertukar ganti dan

berkesinambungan dalam penulisan khat ini. Pada

setiap keadaan, ia akan melekakan pemerhatinya

dengan keindahannya yang unik serta keistimewaan

bentuknya yang unggul dan menawan. Keadaan

ini menempatkannya di kedudukan yang istimewa

dalam bidang seni reka bentuk.

Khat Arab bergantung pada seni dan keindahan

berdasarkan kaedah tersendiri, hasil kesesuaian

antara khat, titik dan bentuk bulat. Corak

penampilan unsur khat ini digunakan secara seni,

seperti seni reka bentuk yang lain. Contohnya,

khat dan susunannya tidak memberi makna dari

sudut luaran sahaja, tetapi ia juga memberi makna

keindahan yang lahir daripada corak unik yang

memberikannya satu bentuk keindahan. Pada masa

yang sama, bentuk keindahan ini terpisah daripada

unsur-unsur khat dan bersambung dengan corak-coraknya

yang unik.

UMUM 
SPOCK, BENJAMIN MCLANE

Spock, Benjamin McLane (1903–1998), doktor

Amerika, menjadi masyhur kerana bukunya tentang

penjagaan kanak-kanak. Bukunya yang paling

terkenal Common Sense Book of Baby and Child

Care (1946) telah diterjemahkan ke dalam lebih

daripada 25 bahasa. Untuk edisi kemudiannya,

tajuk buku ini dipendekkan kepada Baby and Child

Care. Bukunya yang lain termasuk Feeding Your

Baby and Child (1955), Baby’s First Year (1955), Dr.

Spock Talks with Mothers (1961), Problems of

Parents (1962), dan Caring for Your Disabled Child

(1965).

UMUM 
SONOMETER

Sonometer ialah alat yang digunakan untuk

mengkaji perhubungan matematik nada dalam

muzik. Sonometer yang juga dikenali sebagai

monokod, mengandungi seutas tali yang diregang

ketat dengan satu hujungnya dipasangkan pada

roda kapi. Apabila dipetik, tali itu akan bergetar

lalu mengeluarkan bunyi. Frekuensi (jumlah

getaran setiap saat) nada itu bertambah jika tali

dipendekkan atau diperketat.

UMUM 

Kembali ke atas