LAKON | Lakon, cerita yang dipentaskan. Lakon merupakan padanan kepada istilah bahasa Inggeris, play yang juga dikenali sebagai drama atau teater. | SASTERA | Konsep |
TAMU DI BUKIT KENNY | TAMU DI BUKIT KENNY, drama karya Usman Awang, yang dipentaskan pada tahun 1967. Drama ini telah diterbitkan bersama-sama tiga lagi drama karya Usman Awang iaitu “Malam kemerdekaan”, “Matinya Seorang Pahlawan (Jebat)” dan “Kiambang Bertaut” dengan judul Tamu Di Bukit Kenny oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur pada tahun 1968. Drama ini ditulis khususnya untuk dipentaskan sempena menyambut tahun ke-10, DBP berpindah ke Kuala Lumpur. Ia kemudiannya dipentaskan sekali lagi pada bulan April 1968 (sempena peletakan batu asas bangunan tambahan DBP) di bawah arahan Baharuddin Zainal. | BUDAYA | Drama/Filem/Teater/Persembahan |
MENANDER | Menander (342?–291? S.M.) ialah penulis drama Yunani yang mengarang lebih 100 buah komedi. Karyanya hanya diketahui melalui fragmen lakonannya, adaptasi plotnya oleh penulis drama Rom, Plautus, dan Terence dan satu-satunya lakonan lengkap Dyscolos. Drama ini, yang mula-mula dipentaskan pada tahun 315 S.M., hanya dijumpai semula pada tahun 1959. | UMUM | |
BUKAN LALANG DITIUP ANGIN | BUKAN LALANG DITIUP ANGIN, drama karya Noordin Hassan. Drama ini sudah dipentaskan sejak tahun 1970, tetapi hanya diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, pada tahun 1979. Buku tersebut memuatkan juga dua buah dramanya berjudul “Tiang Seri Tegak Berlima” dan ”Pintu”. | BUDAYA | Drama/Filem/Teater/Persembahan |
TERENCE | Terence (195?–159? S.M.) ialah penulis drama komedi Rom. Karya dramanya, pada dasarnya, merupakan versi Latin daripada jalan cerita Yunani. Karya-karyanya lebih halus berbanding dengan karya-karya Plautus, dan ditandai gaya penulisan yang tulen, binaan cerita yang teliti, dan gambaran sifat yang baik. Kesemua enam karya drama komedinya masih boleh dibaca dan dipentaskan. | UMUM | |
BROADWAY | Broadway ialah drama atau lakon muzika yang dipentaskan di panggung teater yang mempunyai 500 atau lebih tempat duduk, di New York. | KESENIAN | Konsep |
BUKAN BUNUH DIRI | BUKAN BUNUH DIRI, drama sebabak karya Dinsman yang ditulis pada tahun 1974. Drama ini dipentaskan kali pertama di Dewan Bandaraya, Kuala Lumpur pada bulan Ogos 1975 oleh Badan Keluarga Dewan Bahasa dan Pustaka, atas arahan penulis sendiri. Drama ini pernah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris oleh Rahmah Bujang bersama-sama Nur Nina Zuhra dalam jurnal Malay Literature (Vol. 1, Julai, 1988) terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. | BUDAYA | Drama/Filem/Teater/Persembahan |
OBERAMMERGAU | Oberammergau (pend. 4664) ialah kampung Bavaria yang terletak 72 kilometer ke barat daya Munich di selatan Jerman [lihat Jerman [(peta politik)]. Ia terkenal kerana persembahan Passion Play , yang biasanya diadakan sekali setiap 10 tahun. Pertunjukan dramatik ini, yang menarik beribu- ribu orang pelancong, memaparkan penderitaan dan kematian Jesus Christ. Penduduk di sini mengambil bahagian memainkan semua watak. Persembahan ini mula dipentaskan pada tahun 1634. | UMUM | |
PAKU ALAM | PAKU ALAM, drama pentas karya Hashim Yasin yang pernah memenangi hadiah pertama dalam Pesta Teater Kebangsaan 1977, anjuran Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Drama ini dipentaskan oleh Kumpulan Artis Utara (KAU) di bawah arahan Hashim sendiri. | BUDAYA | Drama/Filem/Teater/Persembahan |
KOTAKU OH KOTAKU | KOTAKU OH KOTAKU, drama lima babak karya Johan Jaafar. Drama ini dipentaskan buat kali pertama di panggung Eksperimen, Universiti Malaya pada tahun 1975. Pengarah drama ini ialah Johan Jaaffar sendiri dan dilakonkan oleh ahli Kumpulan Kesenian Universiti Malaya (KESUMA). | BUDAYA | Karya |