KAMUS ISTIMEWA PERIBAHASA MELAYU | KAMUS ISTIMEWA PERIBAHASA MELAYU, KAMUS YANG DISUSUN OLEH Abdullah Hussain dan diterbitkan untuk kali pertama oleh Oxford University Press pada tahun 1965. Cetakan kedua diusahakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Versi ini telah diperbaiki dan diterbitkan pada tahun 1975. Kamus ini juga diulang cetak beberapa kali dan kali terakhirnya ialah pada tahun 1993. Dalam versi terakhir ini, ejaannya disesuaikan dengan ejaan baru. | BAHASA | Penerbitan |
INTERLOK | INTERLOK, novel karya Abdullah Hussain. Interlok diterbitkan pada tahun 1971 oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Pada tahun 1973, novel ini telah diperbaiki dan dicetak semula untuk kali kedua. Novel ini memenangi hadiah sagu hati Peraduan Menulis Novel Sepuluh Tahun Merdeka. | SASTERA | Karya |
HUKUM KANUN MELAKA | HUKUM KANUN MELAKA, teks undang-undang yang digunakan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. Hukum Kanun Melaka pertama kali digunakan pada masa pemerintahan Sultan Muhammad Syah (1424-1444), dan kandungannya diperbaiki serta ditambah pada zaman pemerintahan sultan-sultan Melaka yang terkemudian. Teks ini menjadi prototaip kepada undang-undang Melayu lama yang lain, khasnya Hukum Kanun Pahang, Undang-undang Johor dan Undang-undang Riau. | BUDAYA | Karya |