TEOKRASI | Teokrasi ialah satu bentuk kerajaan yang diperintah oleh paderi atau paderi-paderi, dan paderi-paderi ini mempunyai kuasa ke atas perkara-perkara sivil dan keagamaan. Perkataan theocracy berasal daripada dua perkataan Yunani, iaitu theos yang bermakna tuhan dan kratein yang bermakna memerintah. | UMUM | |
MARCHES | Marches merupakan kawasan tanah di Wales, yang diperintah oleh orang bangsawan pada Zaman Pertengahan. | UMUM | |
PROVINSI | Provinsi pada zaman Rom, ialah kawasan yang ditakluki dan diperintah oleh seorang pegawai dari Rom. Kemudiannya negeri-negeri merdeka yang bersatu untuk membentuk sebuah negara biasanya menamakannya provinsi. Contohnya ialah Provinsi Bersatu Holland. Kemudiannya, negeri-negeri yang merdeka juga dibahagikan kepada wilayah yang dikenali sebagai provinsi. | UMUM | |
AUTORITARIANISME | Autoritarianisme ialah sebarang bentuk kerajaan yang secara relatif hanya diperintah oleh beberapa orang sahaja, dan penduduk berperanan kecil dalam membuat keputusan. Negara autoritarian boleh menyekat, mengehadkan dengan kekerasan atau memanipulasi pilihan raya untuk disesuaikan dengan kehendak pihak berkuasa. Mereka boleh mengehadkan kuasa perundangan yang mewakili orang ramai, seperti parlimen atau kongres, dan mengehadkan kebebasan individu. | UMUM | |
NEGERI PAUS | Negeri Paus. Nama yang diberikan kepada daerah yang pada satu ketika dahulu diperintah oleh paus Gereja Roman Katolik. Paus menguasai bidang ekonomi, tentera, dan politik. Kebanyakan daerah berada di bahagian tengah Itali, dengan beberapa tanah yang berada di Perancis untuk beberapa ketika. Kini, Paus hanya mengawal bidang temporal bagi 44 hektar Vatican City, sebuah negeri bebas dalam daerah Rom. | UMUM | |
EMPAYAR | Empayar ialah wilayah yang terdiri daripada beberapa buah negeri atau negara yang bersatu dan diperintah oleh negara yang paling berkuasa dalam kumpulan itu | UMUM | |
TANAH JAJAHAN | Tanah jajahan ialah petempatan yang ditubuhkan oleh sesuatu kumpulan penduduk di luar negara asal mereka, tetapi tetap diperintah oleh tanah air mereka. Tanah jajahan ditubuhkan dengan tujuan untuk mencari lebih banyak kawasan yang dapat dijadikan tempat tinggal agar dapat mengurangkan tekanan kepadatan di tanah air mereka, untuk meningkatkan perdagangan dengan mencari pasaran bagi barang-barang buatan, untuk mendapatkan sumber bahan mentah, untuk melindungi kepentingan ketenteraan, dan untuk meningkatkan prestij negara ibunda. Hampir separuh daripada negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu adalah bekas tanah jajahan yang mendapat kemerdekaan sejak Perang Dunia II (1939–1945). | UMUM | |
NEGARA KOTA | Negara kota ialah sebuah negeri yang merdeka atau hampir merdeka yang aktiviti politik dan budaya dilaksanakan dalam satu pusat bandar. Negara kota sering diperintah oleh seorang raja, diktator atau sekumpulan kecil penduduk yang berkuasa. Dalam sesetengah hal, kehidupan politik dikuasai oleh penghuni bandar. Penduduk bandar dan luar bandar mempunyai kuasa politik. | UMUM | |
PARSI PURBA | Parsi Purba ialah negara yang meliputi Iran dan Afghanistan kini. Parsi purba pernah diperintah oleh Cyrus yang Agung, Darius I, Xerxes, dan beberapa pemimpin lain. Perkataan Parsi berasal daripada Persis, nama Yunani bagi rantau ini. Parsi ialah negara maju dan pusat empayar yang luas. Parsi juga dikenali sebagai tanah Aryan, dan daripada perkataan ini terbentuk nama bagi Iran yang bahasanya dikenali sebagai bahasa Arya. | UMUM | |
PERTEMPURAN TRAFALGAR | Pertempuran Trafalgar berlaku pada 21 Oktober 1805. Pertempuran ini merupakan salah satu pertempuran laut yang utama dalam sejarah. Dalam pertempuran ini, angkatan laut British yang diperintah oleh Laksamana Horatio Nelson, berjaya menewaskan gabungan angkatan laut Sepanyol dan Perancis. Kejayaan ini memberikan kekuasaan mutlak di laut kepada Great Britain. Nelson telah tercedera dan terkorban dalam pertempuran ini. | UMUM | |