X | X ialah huruf yang ke-24 dalam abjad Inggeris. X mungkin diperkembangkan daripada satu huruf yang dikenali sebagai samekh yang digunakan oleh orang Semit yang pada pernah tinggal di Syria dan Palestin. Ahli sejarah kurang pasti tentang simbol yang digunakan oleh orang Semit bagi huruf ini | UMUM | |
BURUH PAKSA | Buruh paksa ialah ahli kelas petani yang besar yang diperkembangkan pada awal Zaman Pertengahan terutamanya di Eropah. | UMUM | |
POSITIVISME | Positivisme ialah kepelbagaian teori falsafah yang dikenali sebagai empirisisme . Teori ini menyatakan bahawa semua ilmu pengetahuan adalah berasaskan pengalaman. Terdapat dua bentuk positivisme yang utama. Auguste Comte, ahli falsafah Perancis, memperkembangkan bentuk positivisme yang pertama pada tahun 1800-an. Bentuk yang kedua yang dikenali sebagai positivisme logik , diperkembangkan pada tahun 1920-an di kalangan sekumpulan ahli falsafah yang dikenali sebagai Lingkaran Vienna. | UMUM | |
GAYA DEWAN | GAYA DEWAN, sebuah manual atau gaya penerbitan yang mengandungi panduan menyediakan buku untuk diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Gaya Dewan pertama kali diterbitkan dalam bentuk risalah kecil berjudul Gaya Penerbitan Dewan (1978), diusahakan oleh Rahmat Ramly yang pada ketika itu bertugas sebagai Ketua Unit Pengeluaran. Risalah setebal 68 halaman berukuran 4” x 7” ini merupakan panduan am untuk editor dan pengatur huruf. Risalah ini kemudiannya diperkembangkan menjaddi sebuah manual dengan judul Gaya Dewan. Edisi pertama Gaya Dewan berkulit lembut terbit dalam tahun 1987, mempunyai 206 halaman. Edisi kedua cetakan pertama berukuran 7” x 10” berkulit keras dan berjaket, diterbitkan dalam tahun 1990, mengandungi 253 halaman. Edisi ketiga mengandungi 330 halaman, berkulit keras dan berjaket terbit dalam tahun 1995. Ketiga-tiga edisi dilengakpi ilustrasi dan mempunyai indeks. | BAHASA | Penerbitan |