MIKSOMATOSIS | Miksomatosis ialah virus penyakit yang telah diperkenalkan di Australia oleh CSIRO (Organanisasi Penyelidikan Saintifik dan Industri Komanwel) untuk mengawal bilangan arnab Eropah. | UMUM | |
KEMBARA BAHASA | acara kemuncak Bulan Bahasa dan Sastera Negara yang diperkenalkan pada tahun 2000. | BAHASA | Konsep |
TENIS PELANTAR | Tenis pelantar ialah permainan tenis yang berlainan dan diperkenalkan pada tahun 1928 di Amerika Syarikat. Pemain biasanya terdiri daripada dua pemain di setiap gelanggang servis dengan menggunakan bet untuk memukul semula bola melepasi jaring. Permainan ini dimainkan di luar bangunan di gelanggang yang ditinggikan dan dipagari dengan skrin dawai setinggi 3.7 meter. Bet yang digunakan lebih besar daripada bet ping pong dan terdapat lubang kecil pada permukaan bet tersebut. Bolanya diperbuat daripada span getah yang berwarna kuning. | UMUM | |
GAS GANTIAN | Gas asli sintetik yang dihasilkan melalui beberapa proses tindak balas kimia. Konsep gas gantian diperkenalkan untuk mencari alternatif penghasilan gas yang terbentuk di dalam perut bumi yang semakin berkurangan dan memerlukan perbelanjaan yang besar. Gas gantian mempunyai sifat fizikal yang sama dengan gas asli. Sumber bahan api fosil yang digunakan untuk menghasilkan gas gantian ialah batu arang dan cecair petroleum.....Rujuk Ensiklopedia Sains dan Teknologi | KEJURUTERAAN | Sumber/Bahan Alam |
ANGSA KANADA | Angsa Kanada ialah angsa liar yang biasa di Amerika Utara. Ia diperkenalkan di bahagian lain di dunia, termasuk Eropah Barat di tempat ia terdapat dengan banyak. | UMUM | |
STOAT | Stoat ialah haiwan kecil yang hidup di kawasan utara di Hemisfera Utara. Ia juga telah diperkenalkan ke New Zealand. Stoat adalah anggota famili wesel. Bulunya yang putih pada musim sejuk dikenali sebagai ermin. Nama ini juga diberikan kepada banyak haiwan ini di Amerika Utara. | UMUM | |
SIBERNETIK | Sibernetik ialah kajian tentang kawalan dan komunikasi dalam haiwan dan mesin. Istilah sibernetik mula diperkenalkan oleh ahli matematik Amerika bernama Norbert Wiener dalam bukunya yang juga berjudul Sibernetik yang diterbitkan di Amerika Syarikat pada tahun 1948. | UMUM | |
KUPU-KUPU EKOR PERANG | Kupu-kupu ekor perang ialah spesies Dunia Lama yang diperkenalkan ke timur Amerika Utara. Ia ialah perosak pokok buah. Sayap kupu-kupu ini lebarnya kira-kira 3.8 sentimeter. Ia berwarna putih dengan abdomennya berwarna perang yang jambak bulunya berwarna perang. Kupu-kupu jantan dan betina terbang dengan baik. | UMUM | |
TARIAN DABUS | TARIAN DABUS, tarian tradisional negeri Perak. Tarian yang berunsur keagamaan ini berasal dari negeri Arab. Ia dipercayai diperkenalkan oleh pengikut Sayidina Ali (kaum Syiah), untuk menakutkan pihak musuh. Para penarinya menggunakan dabus (senjata tajam) untuk memperlihatkan kehandalan dan kepahlawanan. Sehubungan dengan itu, unsur-unsur ilmu pertapaan dan mistik tidak dapat dielakkan dalam tarian ini dalam usaha untuk menonjolkan kekebalan diri. Mereka tidak berasa sakit walaupun dicucuk atau ditusuk dengan senjata yang tajam. | BUDAYA | Drama/Filem/Teater/Persembahan |
ELA | Ela ialah unit panjang dalam sistem ukuran imperial yang digunakan di negara-negara berbahasa Inggeris sebelum sistem metrik diperkenalkan. | UMUM | |