RADEN NGABEHI RANGGAWARSITA | RADEN NGABEHI RANGGAWARSITA (1802–1873), pujangga Jawa Lama, Indonesia. Dia lahir pada 4 Mac 1802 di Kampung Kedhung Kol, Surakarta, Indonesia. Nama sebenarnya ialah Bagus Burham tetapi nama ini terus tenggelam kerana dia lebih cenderung menggunakan gelaran Raden Ngabehi Ranggawarsita yang diperolehnya sewaktu menyandang jawatan Panewu Carik Kadipaten (Pujangga Istana) pada tahun 1831. Gelaran Kiai Sarataka yang diperolehnya pada tahun 1820-an juga tidak digunakan | SASTERA | Tokoh |
TUNKU ANUM RAJA JAMBANGAN | TUNKU ANUM RAJA JAMBANGAN ( ? - 1853), pembesar empat Kedah, bergelar Seri Paduka Raja. Tidak diketahui dengan tepat tarikh kelahirannya tetapi semasa pendudukan Siam di Kedah (1821-1842), dia dianggap seorang tokoh tua yang disegani di Kedah. Nama penuhnya ialah Tunku Anum bin Tunku Abdul Rahman, keturunan Sultan Muhammad Jiwa (1710-1778). Bagaimanapun dia lebih dikenal dengan gelaran Tunku Paduka Raja Jambangan. Gelaran ini diperolehnya pada bulan Ogos 1809 apabila dilantik oleh Sultan Ahmad Tajuddin sebagai ketua utusan bunga mas dan perak. Dengan tugas ini dia dikehendaki mengetuai rombongan menghantar ufti ke Ligor sebelum dikirimkan ke Bangkok. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |