Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dipersetujui


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERLEMBAGAAN

Perlembagaan ialah kenyataan yang

menggariskan prinsip asas organisasi formal

yang telah dipersetujui. Perlembagaan dibuat

dari peringkat kerajaan negara hingga ke

peringkat kelab persendirian. Perlembagaan

menyatakan struktur dan tujuan sesebuah

organisasi itu ditubuhkan dan hak

warganegaranya atau ahlinya. Perlembagaan juga

menetapkan kuasa pegawai, cara mereka dipilih,

dan tempoh mereka memegang jawatan.

Perlembagaan juga disebut sebagai tataurusan

pertubuhan atau piagam (lihat Piagam ).

UMUM 
EJAAN DAN TULISAN MELINDO

EJAAN DAN TULISAN MELINDO, sistem ejaan Rumi yang dipersetujui bersama untuk digunakan di Persekutuan Tanah Melayu dan di Republik Indonesia. Proses penyatuan ejaan tersebut bermula apabila perjanjian persahabatan antara Persekutuan Tanah Melayu dengan Republik Indonesia ditandatangani pada 17 April 1959.

BAHASABahasa
PERJANJIAN

Perjanjian ialah persetujuan formal antara dua

atau lebih kerajaan yang merdeka. Ia biasanya,

dalam bentuk dokumen bertulis tetapi kadangkala

dalam bentuk pernyataan lisan yang dipersetujui

oleh wakil daripada negara-negara yang terlibat.

Sejarah wujudnya perjanjian bermula beratus-

ratus tahun dahulu. Seawal tahun 3000 S.M.,

pemerintah negara-negara purba menandatangani

perjanjian dengan kerajaan-kerajaan jirannya.

Terdapat pelbagai sebab perjanjian ditandatangani.

Sesetengah perjanjian menamatkan peperangan

dan ada juga untuk menyelesaikan pertikaian

sempadan. Sepanjang sejarah dunia, perjanjian

memainkan peranan yang penting dalam

hubungan antara negara.

UMUM 
SULTAN ALI ISKANDAR SYAHSULTAN ALI ISKANDAR SYAH (1824-1877), Sultan Johor (1840-1877). Baginda ialah putera kedua Sultan Husin Syah, Sultan Singapura-Johor. Walaupun Sultan Husin mangkat pada tahun 1835 di Umbai, Melaka, tetapi Tengku Ali hanya diakui sebagai Sultan pada 16 September 1840. Baginda memakai gelaran Sultan Ali Iskandar Syah. Pengisytiharan Sultan Ali dipersetujui oleh Gabenor Negeri-Negeri Selat, Murchison dan diakui oleh kerajaan British.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
GADAI

GADAI, penyerahan sesuatu barang (tanah, rumah, barang berharga) sebagai cagaran atau sandaran untuk pinjaman wang dalam tempoh tertsntu. Gadai bermakna suatu penggantian nilai wang dengan benda dalam urusan pinjaman dalam tempoh tertentu. Jika barangan seperti tanah tidak ditebus dalam tempoh yang dipersetujui ini, barang gadaian tersebut akan menjadi hak milik pemberi pinjaman. Dalam tempoh gadaian, pemberi pinjaman berhak menggunakan barangan tersebut.

BUDAYAKonsep
SUMPAH PEMUDASUMPAH PEMUDA, ikrar pergerakan pemuda Indonesia pada masa pergerakan nasional pada 28 Oktober 1928 di Jakarta.  Pemuda Indonesia adalah tunggak penting dalam sejarah pertumbuhan bangsa dan negara Indonesia.  Ketika dibuat sumpah ini hanya disebut sebagai ‘putusan kongres pemuda pemudi Indonesia’. Istilah Sumpah Pemuda hanya muncul dalam perkembangan kebangsaan Indonesia selanjutnya.  Keputusan ini dipersetujui pada penutupan Kongres Pemuda II yang diadakan pada 27-28 Oktober 1928 di Jakarta.SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
YANG DI-PERTUAN AGONGYANG DI-PERTUAN AGONG, ketua negara Malaysia berdasarkan Perlembagaan Persekutuan Malaysia.  Baginda dilantik oleh Majlis Raja-Raja daripada sembilan orang sultan negeri-negeri Melayu Semenanjung Malaysia bagi tempoh lima tahun.  Permaisuri baginda secara automatik menjadi Raja Permaisuri Agong. Baginda boleh meletak jawatan dengan menulis surat dan dipersetujui oleh Majlis Raja-Raja. Baginda berdua menjadi simbol perpaduan dan kekuatan negara.SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
TAMAN ISMAIL MARZUKI

TAMAN ISMAIL MARZUKI, kompleks Pusat Kesenian Jakarta.  Kompleks ini terletak di atas tanah seluas 8.3 hektar, di Jalan Cikini Raya No. 73, Jakarta Pusat, Indonesia.  Taman Ismail Marzuki (TIM) mengambil sempena nama Ismail Marzuki, seorang pencipta, penggubah dan pemuzik terkenal, berasal dari Jakarta bagi mengenang jasanya dalam dunia muzik.  Gagasan penubuhan TIM dicetuskan oleh seniman Senen yang kemudian dipersetujui oleh Ali Sadikin, Gabenor DKI Jakarta Raya ketika itu.  Tapak asal TIM adalah Kebun Binatang Cikini, yang kemudiannya dipindahkan ke Ragunan, Jakarta Selatan.

BUDAYABandar/Negeri/Negara/Tempat
SENOI

SENOI,  kumpulan Orang Asli yang mendiami kawasan tengah Semenanjung Malaysia.  Istilah Senoi berasal daripada perkataan Semai dan Temiar, ‘Sen-oi’ atau ‘seng-oi’ yang bermaksud  orang atau manusia.  Istilah ini kemudiannya digunakan oleh penyelidik dan pentadbir sebagai istilah rujukan bagi kumpulan Orang Asli yang menggunakan bahasa Austroasiatik dan mendiami kawasan tengah Semenanjung Malaysia, iaitu Perak, Pahang, Kelantan, Terengganu dan Selangor.  Sebelum istilah Senoi diperkenalkan, pengkaji dan pentadbir menggunakan istilah Sakai.  Namun, istilah ini tidak dipersetujui oleh masyarakat Orang Asli kerana membawa makna dan konotasi yang negatif seperti hamba abdi, tidak bertamadun, kotor dan seumpamanya.  Istilah ini telah diketepikan dan digantikan dengan ‘senoi’ sebagai istilah rasmi.

BUDAYABangsa/Suku/Kaum

Kembali ke atas