Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dipertua


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SAKARAN DANDAI, TUN

Sakaran Dandai, Tun (1930– ) ialah Yang

Dipertua Negeri Sabah yang kelapan (1995-2002).

Sebelum menjadi Yang Dipertua Negeri Sabah,

dia berkhidmat sebagai Ketua Menteri Sabah

selama sembilan bulan selepas Barisan Nasional

(BN) membentuk Kerajaan Campuran di Sabah

pada bulan Mac 1994. Pada bulan Januari 1995, dia

digantikan oleh Datuk Salleh Tun Mohd Said

sebagai Ketua Menteri Sabah.

UMUM 
MOHAMMAD ADNAN ROBERT, TUN

Mohammad Adnan Robert, Tun (1917–

2003) ialah Yang Dipertua Negeri Sabah yang

keenam (1978–1986). Adnan lahir pada 10

September 1917 di Jesselton (kini Kota Kinabalu),

Sabah.

UMUM 
DATU MUSTAPHA DATU HARUN, TUN

Datu Mustapha Datu Harun, Tun (1918–

1995), Yang Dipertua Negeri Sabah yang pertama

(1963–1967) dan Ketua Menteri Sabah dari bulan

Mei 1967 hingga 30 Oktober 1975.

UMUM 
SYED AHMAD SYED MAHMUD SHAHABUDIN, TUN

Syed Ahmad Syed Mahmud Shahabudin, Tun (1925– ) ialah

ahli politik dan Yang Dipertua Negeri Melaka (1984–2004).

Dia lahir pada 4 Mei 1925 di Kulim, Kedah, dan

mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kulim

(1932–1937). Kemudian menyambung pelajarannya di Sultan

Abdul Hamid College, Alor Setar (1938–1947)

hingga mendapat sijil Senior Cambridge.

UMUM 
ABDUL AZIZ ABDUL MAJID, TUNABDUL AZIZ ABDUL MAJID, Tun (1908-1975), Yang Dipertua Negeri Melaka yang ketiga (1971-1975). Dia lahir pada 10 Mac 1908 di Kajang, Selangor. SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
ABANG HAJI MUHAMMAD SALAHUDDIN

ABANG HAJI MUHAMMAD SALAHUDDIN, Tun(1921- ),ahli politik, Yang Dipertua Negeri Sarawak yang ketiga (1977-1981). Dia lahir pada 27 Ogos 1921 di Kampung Nangka, Sibu, Sarawak.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
ABANG HAJI OPENG ABANG SAPIEE

ABANG HAJI OPENG ABANG SAPIEE, Tun(1905-1969), ahli politik, Yang Dipertua Negeri Sarawak yang pertama (1963-1969).

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
ABDUL RAHMAN YA’KUB, TUN

Abdul Rahman Ya'kub, Tun (1928 -       ) ialah

Ketua Menteri Sarawak yang ketiga (1970–1981) dan

Yang Dipertua Negeri Sarawak yang keempat (1981–

1986). Abdul Rahman mula aktif dalam politik

apabila menyertai Parti Barisan Anak Jati Sarawak

(BARJASA) pada tahun 1962. Kemudian dia

menyatukan Parti Negara Sarawak (PANAS) dan

BARJASA bagi membentuk Parti Bumiputera pada

tahun 1966 bersama-sama Datuk Abang Ikhwan

Zaini dan Datuk Patinggi Abdul Taib Mahmud.

UMUM 
ABANG HAJI ZAINI DATUK BENTARA HAJI HASHIM

ABANG HAJI ZAINI DATUK BENTARA HAJI HASHIM (1891-1964), pemimpin kebangsaan Sarawak dan Yang Dipertua Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak (PKMS) (1947-1953).

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
SARDON JUBIRSARDON JUBIR, Tun (1917 – 1985), ahli politik, Yang Dipertua Pulau Pinang (1975 – 1981).  Dia lahir pada 19 Mac 1917 di Sungai Keluang, Rengit, Johor.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
123

Kembali ke atas