| TAPAK SEMAIAN | Tapak semaian menghasilkan anak tumbuhan untuk dipindahkan ke ladang, taman, dusun, dan kawasan landskap. Di tapak semaian ditanam pokok buah dan pokok hutan. Di tapak ini juga di tanam pokok renek hiasan, bunga, tumbuhan daun, dan sayur-sayuran. | UMUM | |
| SIKLOSPORIN | Siklosporin ialah sejenis ubat yang digunakan untuk menentang penolakan tubuh terhadap tisu atau organ yang dipindahkan. Ubat ini dihasilkan oleh kultur fungus, Tolypocladium inflatum. Ahli imunologi Switzerland, Jean Borel telah menemui khasiat perubatan dalam siklosporin pada tahun 1972. Ubat ini telah terbukti berkesan dalam pembedahan pemindahan jantung, hati, pankreas, tulang sumsum, buah pinggang, dan juga paru-paru. Penggunaan siklosporin dapat menurunkan kekerapan berlakunya kerumitan dan kematian akibat pembedahan tersebut. | UMUM | |
| OFSET | Ofset ialah proses percetakan apabila percetakan mula-mula dilakukan di atas permukaan getah silinder yang berputar. Teraan itu kemudian dipindahkan ke kertas dengan tekanan silinder yang lain. Istilah ofset menjelaskan pindahan itu, atau pengofsetan dakwat dari satu plat cetakan kepada getah dan kemudian kepada kertas. | UMUM | |
| MEMANGKAS | Memangkas ialah memotong untuk membuang bahagian-bahagian tumbuhan seperti dahan, pucuk, tunas atau akar. Memangkas membantu tumbuhan pulih daripada kejutan kerana dipindahkan. Ia mengawal bentuk dan kecantikan tumbuhan hiasan. Memangkas juga membantu memperbaik kuantiti dan kualiti buah. | UMUM | |
| DEBUNGA | Debunga terdiri daripada butir-butir halus yang dihasilkan dalam organ jantan tumbuhan berbunga dan tumbuhan yang menghasilkan kon. Biji terbentuk selepas debunga dipindahkan dari bahagian jantan tumbuhan ke bahagian betina tumbuhan. Pemindahan debunga ini dikenali sebagai pendebungaan. | UMUM | |
| RESIT | Resit ialah pernyataan bertulis tentang pembayaran yang dilakukan oleh seseorang kepada seseorang yang lain. Resit juga adalah pernyataan bertulis yang menjelaskan barang-barang atau harta yang dipindahkan daripada pemilikan atau tanggungan seseorang kepada seseorang yang lain. Resit ialah bukti bahawa sesuatu urus niaga telah dijalankan. Ada tiga jenis resit, iaitu resit penuh, resit sebahagian (apabila sebahagian daripada jumlah penuh dijelaskan), dan resit untuk akaun tertentu . | UMUM | |
| GENETIK TUMBUH-TUMBUHAN | Genetik tumbuh-tumbuhan ialah salah satu bidang botani yang mengkaji tentang pewarisan ciri-ciri tumbuh-tumbuhan yang dipindahkan daripada satu generasi kepada generasi berikutnya melalui gen. | BIOLOGI | Sifat/Keadaan |
| AMARYLLIS | Amaryllis ialah famili yang terdiri daripada lebih 1200 spesies bunga. Kebanyakan spesies tumbuh di luar di kawasan panas. Dalam iklim sejuk, amaryllis biasanya ditanam di dalam sebagai tanaman pasu pada musim sejuk dan dipindahkan ke luar pada musim panas. | UMUM | |
| ALAT BOLEH NIAGA | Alat boleh niaga, merujuk kepada jenis pertukaran undang-undang atau dokumen sama ada secara perjanjian atau arahan untuk membayar wang. Alat boleh niaga digunakan sebagai keterangan keterhutangan atau gantian kepada wang yang boleh dipindahkan daripada seseorang kepada seseorang. | UMUM | |
| RAJA UDA RAJA MUHAMED, TUN | RAJA UDA RAJA MUHAMED, Tun (1894-1976), Gabenor Pulau Pinang yang pertama (1957-1967). Raja Uda, yang berketurunan Daeng Celak, dilahirkan di Tembok, Kuala Langat, Selangor. Setelah tamat pendidikannya di Kolej Melayu Kuala Kangsar, Raja Uda berkhidmat di pejabat gabenor di Singapura. Pada tahun 1919, Raja Uda telah dipindahkan ke Kajang sebagai penolong pegawai daerah. Kemudian dia dipindahkan ke beberapa daerah lain dalam perkhidmatan yang sama, antaranya di Kuantan, Kuala Selangor, Kuala Pilah dan Jugra. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |